Sempena bulan Ramadan ini, Snapchat telah menyediakan pelbagai pengalaman AR yang eksklusif. Snapchatters boleh terus berhubung dengan keluarga dan rakan dengan cara-cara menarik di platform ini.
Kirimkan salam dengan Lensa Ramadan!
Berikan ucapan kepada orang-orang terdekat di sekeliling anda menggunakan beragam lensa baharu dari Snapchat. Anda boleh memilih lensa seperti ucapan selamat menyambut Ramadan yang ringkas ataupun ucapan Iftar untuk dihantar kepada rakan dan keluarga anda.
Bertegur sapa dengan rakan dan keluarga anda yang sedang berbuka puasa dengan pesan Happy Iftar.
Berikan ucapan Ramadan Mubarak kepada Snapchatter yang akan berpuasa.
Ceriakan ucapan salam anda dengan Bitmoji Ramadan baharu
Snapchatters kini boleh memberi ucapan kepada rakan dan keluarga dengan menggunakan Bitmoji kegemaran mereka – kini tersedia dengan bermacam tema Ramadan dan ucapan tempatan!
Tunjuk keseronokan anda dengan Stickers
Pilih daripada Stickers berbagai rupa untuk dihantar kepada rakan dan keluarga selama bulan Ramadan, ataupun sertakan Stickers ini apabila anda mengambil Snap hidangan berbuka anda.
Ucapkan rakan dan keluarga anda di Snap untuk Iftar atau Buka Puasa dengan stickers!
Cara mengaktifkan lensa Snapchat menggunakan Snap Code
- Buka Snapchat dan halakan kamera anda pada sebuah Snapcode.
- Tekan dan tahan pada Snapcode di skrin anda untuk mengimbasnya.
Cara membuat / mengakses Bitmoji 3D anda sendiri:
- Muat turun Bitmoji di iOS atau Android.
- Selepas mendaftar, togol antara ikon ‘Avatar’ dan ‘Fashion’ di bahagian bawah layar untuk menyesuaikan Bitmoji anda.
- Ketik pada ikon gear di penjuru kanan sebelah atas.
- Tatal ke bawah untuk menemukan ‘Link to Snapchat’ dan ketik ‘Continue’ untuk sambungkan akaun Bitmoji anda ke Snapchat.
- Di Snapchat, ketik ikon Bitmoji di penjuru kiri sebelah atas untuk melihat Bitmoji anda yang baru buat dalam bentuk 3D.
- Ketik pada Bitmoji untuk menukar pose dan latar belakangnya!