in , ,

‘Pasang Terus’ Dan Nikmati Pemasangan Internet Fiber Pada Hari Yang Sama

‘Pasang Terus’ Dan Nikmati Pemasangan Internet Fiber Pada Hari Yang Sama Dengan Celcom Home Fibre™ Di Sabah. Celcom memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pelaburan rangkaian capex untuki Sabah dan Sarawak!

Celcom Axiata Berhad (Celcom) teruskan komitmen untuk menambah baik kesalinghubungan digital di Sabah, menyasarkan komuniti di kawasan bandar dan luar bandar. Dengan inisiatif ‘Pasang Terus’ yang inovatif serta terkini, pelanggan Celcom di Sabah dapat menikmati kesalinghubungan dengan pemasangan internet Celcom Home Fibre™ pada hari yang sama. 

Inisiatif Celcom ‘Pasang Terus’ secara eksklusif ini membolehkan pelanggan di kawasan terpilih di Sabah untuk nikmati pemasangan Celcom Home Fibre™ pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu. Trak Bluecube Celcom akan meninjau di seluruh kawasan perumahan bagi membolehkan pelanggan mendaftar dengan pelan Celcom Home Fibre™ dan pelan konvergen di mana pemasangan dapat dibuat pada hari yang sama. 

Kesemua pelan Celcom Home Fibre™ boleh digabungkan dengan pelan pascabayar Celcom Xpax, menawarkan kesalinghubungan terbaik dengan internet fiber dan peranti mudah alih pada harga berpatutan iaitu RM119. Pelan Celcom Home Fibre™ menawarkan pelanggan di Sabah dengan Internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 1Gbps (terdapat di beberapa kawasan terpilih di Sabah), hanya pada RM229 sebulan. Tambahan lagi, pelanggan Celcom Home Fibre™ juga dapat menikmati kelajuan internet sehingga 200Mbps pada harga RM120 sebulan. Semua pelan Celcom Home Fibre™ menawarkan Router AX PERCUMA, Wi-Fi Mesh PERCUMA dan tawaran rebat bil sehingga 3 bulan dengan pelan terpilih.

CELCOM

Sebagai sebuah syarikat yang komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia dengan liputan terluas, Celcom telah memperuntukkan lebih daripada RM200 juta bagi kerja penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada tahun ini. Kerja – kerja bagi penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuklah peningkatan liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom, serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB).

Sehingga akhir tahun 2021, penggunaan data di Sabah dan Sarawak juga meningkat sebanyak 31% dan 34%, berbanding pada akhir tahun 2020. Selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA), dengan inisiatif kerja penambahbaikan rangkaian, Celcom akan menangani pertumbuhan pesat trafik dengan menubuhkan sebanyak 1,145 tapak 4G LTE yang baharu, menambah baik 745 tapak 2G dengan menggunakan teknologi 4G LTE serta peningkatan kapasiti di 874 tapak 4G LTE yang sedia ada di seluruh negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali di kawasan bandar dan luar bandar.

Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata “Pelanggan di Sabah kini boleh menikmati tawaran konvergen eksklusif kami yang disertakan dengan pelan peranti mudah alih dan Home Fibre yang berpatutan. Pelanggan dapat ‘Pasang Terus’ pelan Celcom Home Fibre™ dan nikmati kesalinghubungan internet fiber pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu pada waktu yang berbeza. Dengan pelan Celcom Home Fibre™ dan pelan konvergen kami, pelanggan Sabah dapat kekal berhubung bagi sebarang tujuan penggunaan digital, sama ada untuk bekerja, permainan, penstriman video dan pembelajaran, semuanya pada hari yang sama.”

“Kami kekal komited untuk memberikan perkhidmatan rangkaian yang konsisten dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia dengan liputan terluas. Selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta kerjasama dengan pihak industri, kami amat mementingkan penambahbaikan buat rangkaian kami di Sabah dan Sarawak. Dengan pelancaran rangkaian baharu, kami menyasarkan untuk meningkatkan liputan populasi 4G LTE kami kepada 85% untuk Sabah manakala 92% untuk Sarawak menjelang akhir tahun 2022.

“Penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuklah memodenkan perkhidmatan rangkaian kami dengan menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 16T16R multiple-input dan multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain. Dengan penambahbaikan tersebut, bersama – sama dengan rangkaian teras khusus untuk Sabah dan Sarawak, ia bertujuan untuk memberi pengalaman yang lebih baik untuk semua pengguna Celcom,” tambah Idham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Park Seo Jun trending

Cipta Kenangan Indah Bersama Costa Coffee Ramadan & Raya Ini 

SABRINA

Sabrina Pujuk Hati Pendengar Melalui  Lagu Berjudul MENANGISLAH