in , ,

Tak Sabar Nak Terbang! AirAsia X Lebarkan Sayap Ke Korea Selatan & India

Terbang dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) daripada RM659 dan ke New Delhi daripada RM484

Berikutan penyambungan semula perkhidmatan penumpang ke Sydney, Australia pada bulan Februari lalu, AirAsia X (AAX) kini memperluaskan rangkaian penerbangannya dari Kuala Lumpur dengan perkhidmatan baharu ke Incheon (Seoul), Korea Selatan dan New Delhi, India bermula 20 April 2022.

Penerbangan ke Incheon (Seoul) pada mulanya akan beroperasi sekali minggu pada hari Rabu dan kembali pada hari Khamis. Penerbangan ke New Delhi pula akan disambung semula dua kali seminggu pada hari Rabu dan Ahad dengan penerbangan pulang pada hari yang sama. Kedua-dua perkhidmatan ini tersedia  untuk perjalanan antara 20 April 2022 hingga 30 Jun 2022, dengan perkhidmatan tambahan akan diumumkan dalam masa terdekat.

AIRASIA

Para tetamu yang mempunyai tempahan tertunggak atau Akaun Kredit boleh menggunakannya untuk membuat tempahan dengan mengemas kini tempahan penerbangan asal mereka untuk perjalanan masa hadapan atau menggunakan akaun kredit mereka untuk membuat tempahan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata: “Selepas dua tahun, kami amat berbesar hati untuk kembali terbang tinggi sekali lagi dengan tambang bernilai terbaik untuk perjalanan jarak sederhana. Kini, setelah sempadan antarabangsa dibuka semula, kami akan menyambung semula penerbangan ke pasaran utama kami secara beransur-ansur, bermula dengan Sydney baru-baru ini dan kini ke Korea Selatan dan India, dan lebih banyak destinasi popular akan diumumkan tidak lama lagi. Kami yakin penyambungan semula perkhidmatan ini akan diterima baik, terutamanya bagi mereka yang ingin melawat rakan-rakan dan keluarga mereka atau untuk percutian yang dinanti-nantikan.

“Sempena pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada 1 April dan perjalanan tanpa kuarantin untuk kedua-dua buah negara, ini juga adalah masa yang sesuai untuk mengalu-alukan kedatangan semula pelancong antarabangsa, seterusnya memacu sektor pelancongan dan ekonomi negara, seperti yang kami telah lakukan sebelum pandemik.

“Kami terus mengutamakan para tetamu dan walaupun kami tidak dapat terbang sejak dua tahun lalu berikutan pandemik ini, kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa mereka yang mempunyai tempahan tertunggak atau Akaun Kredit kini boleh menggunakannya ini untuk membuat tempahan ke destinasi-destinasi ini. Kami juga sedang menyediakan baucar perjalanan untuk para tetamu yang mempunyai kredit tertunggak, untuk digunakan bagi tempahan masa hadapan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Kami berterima kasih kepada tetamu kami atas kesabaran mereka dan kerana memahami situasi kami dan tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka kembali terbang bersama kami.”

AIRASIA

Tambang sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke Incheon (Seoul) bermula daripada RM659 untuk tempat duduk Ekonomi atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM2,199. Dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur, tambang sehala termasuk semua bermula daripada KRW246,500 dan KRW799,500. Para tetamu yang menempah penerbangan ini juga dapat menikmati tambahan bagasi kabin 7kg secara percuma.

Manakala tambang sehala termasuk semua* dari Kuala Lumpur ke New Delhi bermula daripada RM484 atau tetamu boleh memilih untuk menikmati Premium Flatbed daripada RM1,699. Dari New Delhi ke Kuala Lumpur, tambang sehala termasuk semua bermula daripada INR8,389 dan INR24,225. Tempahan boleh dibuat dengan menekan ikon ‘Flights’ di airasia Super App atau laman web mulai hari ini hingga 24 April 2022.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WANI KAYRIE

Rindu Pada Pujaan Hati! Siapa KAMU KAMU Di Hati Wani Kayrie?

Co-opbank Pertama Lebih Terjamin, Elak Bebanan Hutang Dan ‘Ah Long’