Pelakon, Nur Syuhaida yang mula dikenali menerusi drama bersiri Dottie turut mendapat sorakan yang paling kuat daripada peminat sewaktu melalui karpet merah. Namun, kebanyakannya mereka lebih senang memanggil dengan gelaran Dottie iaitu wataknya dalam drama bersiri tersebut.
Baju bermotifkan alam flora yang dipakai oleh Nur Syuhaida ini adalah rekaan dari Ariff Syukor. Seperti biasa, Dottie nampak yakin dan sangat selesa memakai pakaian ini. Sangat comel.