Shahir mengenakan fesyen terbaru rekaan Rizman Ruzaini yang bertemakan ala Urban Korean di Anugerah Bintang Popular semalam. Menurut Shahir, rekaan serba hitam ini memang sesuai dengan tema kali ini Moden Klasik.
ABPBH 2010 kali ini dilihat banyak ‘mencuit’ artis-artis yang hadir di mana setiap kamera akan difokus kepada pasangan yang pernah ada kaitan dengan mereka. Contohnya semasa Fasha menang anugerah, kamera telah difokuskan kepada Tiz Zakyah, Jehan Miskin (Jue Aziz), Juliana Evans (Sam Bunkface) dan Shahir (Rozita Che Wan).
Apa-apapun, tahniah Shahir sebab terpilih memenangi Anugerah Artis Baru Lelaki Popular ABP2010. Budiey lihat setiap tahun, pastinya artis realiti TV akan menang kategori ini. Semoga Shahir terus cemerlang. Tak sabar nak tunggu FIlem Karak pulak lepas ni. Minggu ini, Budiey akan bertemu Shahir sekali lagi di Sidang Media FIlem Karak. Syabas Shahir!