in , ,

Hijrah Dipilih Menjadi Tema Dokumentari Syahadah Musim Ke-16 Di RTM

Jenama Syadahah sudah menjadi sebahagian daripada persiapan menyambut Ramadan dan rutin yang dinantikan penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak mula diterbitkan tahun 2005 sehingga kini.

Memasuki edisi ke-16 tahun ini, dokumentari berbentuk sejarah keislaman yang bersiaran sepanjang Ramadan ini menjanjikan pendekatan lebih segar dan dekat di hati seluruh rakyat Malaysia dengan tema, Hijrah: Pendekatan Kandungan Islamik Dan Perspektif Komuniti Etnik Di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  

KETUA PENGARAH PENYIARAN BERGAMBAR BERSAMA PEGAWAI RTM DAN PASUKAN PENERBITAN SYAHADAH 2022

Bakal bersiaran sepanjang Ramadan 2022 mulai 3 April ini di tiga saluran RTM iaitu pukul 6.30 petang (siaran ulangan pukul 4.30 pagi) di TV1, pukul 8.30 malam (siaran ulangan pukul 1.30 tengahari) di Saluran Berita RTM dan pukul 9.30 malam di TV Okey.

persembahan nyanyian lagu tema Syahadah oleh Kumpulan Rabbani

Dokumentari ini membawa semua penonton setia RTM menjelajah pelbagai kisah yang ada di Malaysia, negara tercinta yang sarat dengan sejarahnya yang tersendiri.

Program diterbitkan Unit Majalah dan Dokumentari TV RTM ini menyaksikan penglibatan seramai 12 orang penerbit kesemuanya yang dibahagikan mengikut zon yang dipilih iaitu zon selatan, pantai timur dan utara, Sabah, Sabah dan Sarawak juga Sarawak. 

Perjalanan penerbitan program ini dibahagikan dua bahagian iaitu sebanyak 15 episod di Semenanjung Malaysia pada 16 hingga 30 Oktober 2021, manakala bahagian kedua pada 12 hingga 28 Februari 2022 yang membawa memaparkan keindahan Islam dari pelbagai sudut perspektif di Sabah dan Sarawak.

Jajaran dan intipati dokumentari Syahadah musim ini membawa penonton menyusuri keindahan Islam dalam konteks hijrah dan memaparkan perubahan komuniti mahupun individu terhadap cara hidup Islam di Malaysia.

Asas dan pendekatan turut merungkai pendekatan pada asas Islam, pendidikan, ekonomi, gaya hidup, srikandi Islam, sahabat muslim, konsep halal, komuniti, seni dan budaya setempat yang dipilih.

penaja Encik Zulhairi Harun menyerahkan cek tajaan kepada Ketua Pengarah Penyiaran

Perkongsian 30 tajuk yang menemui penonton sepanjang Ramadan ini bermula dengan zon selatan yang mengetengahkan tajuk Kunci Syahadah, Mencari Hidayah, Lantera Hidup, Tarbiyah Husnul Khatimah, Perjalanan  Hidayah, dan Jihad Ekonomi. 

Seterusnya tajuk Permata Syahadah, Ibrah Anbiya, Warisan Muslim di Georgetown, Hikmah Di Tanjung Bungah, Jihad Mualaf dan Sinar Islam mengandungi kandungan perspektif unik dari zon pantai timur dan utara. 

sesi sidang media.. dari kiri Encik Zulhairi Harun (penaja), YBhg. Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud (Ketua Pengarah Penyiaran) dan Norbaini Khairi (Ketua Penolong Pengarah UMD RTM)

Ikuti juga tajuk menarik yang dibawakan daripada zon Sabah dan Sarawak iaitu Transformasi al-Quran Emas, Warisan Terngganu, E-Braille al-Quran, Nostalgia Pos Dipang, Raudhatul Sakinah, Denai Zikrullah, Tasbih Rindu, Infaq Kasih, Legasi Rosli Bardi, Kekal Satu Kalimah, Legasi Malakalu, Kalam Sufi, Wasilah Perajurit Negara, Kasih Bario, Hijrah Muhibah, Sujud Ini Miliknya, Sampiku Dilemai Ari Kidurong, Vik Ulauk dan Seruan Dakwah Pesisir. 

Terdahulu majlis pelancaran dokumentari program Syahadah musim ke-16 telah berlangsung baru-baru ini yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah Penyiaran di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Kumpulan Rabbani turut membuat persembahan lagu tema ‘Syahadah’. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama BILA HATI MEMILIH DIA Lakonan Aedy Ashraf & Eyka Farhana

Program Team Malaysia: Dua Negara, Satu Misi Untuk Masa Depan Belia