Memetik dari portal mStar Online, Erma berkata apa saja penjelasannya tentang video itu buat masa ini tidak akan diterima. Ujarnya, dia menunggu masa sesuai untuk menceritakan perkara sebenar.
“Kalau saya cakap apa pun sekarang ini maruah saya bagaikan di tapak kaki orang. Seolah-olah selama ini saya hanya menghasilkan karya sampah. Itu hukuman yang diberikan oleh netizen dan beberapa pihak lain terhadap saya.
“Biarlah mereka nak katakan apa sahaja sekarang ini. Lebih baik saya berdiam dahulu. Mereka ada senjata untuk serang di media sosial, tetapi sebenarnya saya ada senjata yang lebih besar,” katanya.
Saya hadir ke pejabat SKMM untuk beri keterangan. Saya bawakan skrip asal drama ini. Daripada segi hukum memang salah kerana mewujudkan adegan tersebut. Namun skrip dan intrepstasi adalah dua perkara berbeza.
“Saya tidak boleh komen lanjut tentang siasatan tersebut. Tayangan drama ini juga belum pasti kerana pihak produksi dah melangggar dateline. Tunggu sahaja tarikh tayangan sebenar drama ini,”
– Erma Fatima
Dalam pada itu, Erma turut berkata masyarakat sekarang hipokrit apabila suka melihat sesuatu yang buruk berbanding perkongsian yang mendatangkan kebaikan.
“Bila kongsi sesuatu yang tidak elok, laju ia menjadi viral. Tetapi apabila cerita tentang kebaikan, susah nak dapat perhatian. Susah orang nak kongsi semula. Jadi janganlah terlalu hipokrit hendak hentam saya apabila terjadi kes sebegini,”
– Erma Fatima