in , ,

Suara Emas Kamilia Berjaya Merebut Gelaran Cek Mek Molek Tati!

Kemuncak Cek Mek Molek Tati yang baru sahaja melabuhkan tirainya sejak mula diadakan pada Februari lalu telah menemui juaranya. Kemuncak Cek Mek Molek Tati telah pun berlangsung pada jam 9 pagi tadi bersama dengan Molek Pagi yang dipancarkan secara langsung melalui frekuensi Molek FM, aplikasi Audio+ serta menerusi platform Instagram rasmi  @molekfm. 

Tahniah diucapkan kepada Kamilia atau nama sebenarnya Nurul Kamilia Afiqah Binti Mohd Kamaruzaman dari Kemaman, Terengganu kerana telah berjaya merangkul gelaran juara bagi pencarian Cek Mek Molek Tati sebentar tadi, dan sekaligus berjaya membawa pulang kontrak bersama Molek FM bernilai lebih RM30,000.

Selain daripada itu, tahniah juga diucapkan kepada empat lagi finalisCek Mek Molek Tati iaitu Nur Izzati Binti Mohd Rashid, Preti Kaur Gill A/P Jagjit Singh Gill, Alifah Ilyana Bt Mohd Zakiamani, serta Nik Maisarah Binti Jamil kerana telah berjaya menempuhi pelbagai cabaran dan tugasan sehingga ke peringkat akhir. 

Juara Cek Mek Molek Tati, Kamalia , (24), berkata, “pada mulanya saya menyertai program Cek Mek Molek Tati ini adalah atas dorongan daripada rakan-rakan serta para pengikut saya di media sosial. Jadi saya rasa whynot saya cuba sebab saya ni jenis yang suka bercakap. Tapi pada mulanya video yang saya muat naik tak ada hashtag yang diperlukan. Nasib baik, admin Molek FM komen video saya untuk letak hashtag yang diperlukan dan saya muat naik semula video berkenaan dan mendapat lebih banyak tontonan berbanding video sebelum ini. Saya rasa seperti tidak percaya kerana telah terpilih di dalam senarai Top10 dan seterusnya layak menjadi finalis Cek Mek Molek Tati. Untuk peringkat akhir, saya yakinkan diri saya untuk berikan yang terbaik. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan & dorongan tanpa henti, walaupun mereka berada jauh di kampung, tapi setiap hari bila Molek FM memuat naik video tentang saya, mereka akan memberikan komen & pandangan yang membina. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan ketika saya merasa tidak yakin dengan diri saya sepanjang program ini berlangsung. Tidak dilupakan juga ribuan ucapan terima kasih untuk Molek FM kerana memberi peluang ini serta memandang bakat yang saya ada.”

MOLEK FM

Secara ringkasnya, pencarian Cek Mek Molek Tati ini telah pun berlangsung dari 12 Februari 2022 sehingga 24 Mac 2022. Pencarian yang bermula dari 3 Februari  hingga 2 Mac 2022 lalu telah berjaya menarik hampir 100 penyertaan daripada pendengar setia Molek FM dan orang ramai. Para pendengar dan orang ramai yang ingin menyertai Cek Mek Molek Tati ini perlu memuat naik video mereka di Instagram atau TikTok dengan menggunakan template serta skrip yang telah disediakan oleh Molek FM dan mereka juga perlu tag atau mention Molek FM.

Finalis Cek Mek Molek Tati ini juga telah diberikan beberapa cabaran bagi menguji tahap kemampuan mereka untuk menjadi penyampai Molek FM yang bukan sahaja perlu petah berkata-kata lebih-lebih lagi dalam dialek pantai timur, malah perlu bijak mengatur strategi mereka untuk melayakkan mereka ke pentas akhir. Antara cabaran yang perlu dilakukan oleh mereka adalah mereka membuat talksets secara virtual dan bersemuka, cabaran TikTok bersama penyampai radio Molek FM, cabaran membaca berita serta aktiviti komuniti, temubual bersama artis serta selebriti juga ke udara di segmen Molek Petang bersama Mat Dan dan Molek Malam bersama Kai Hassan

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura,  berkata, “Bintang Radio yang memenangi program ini berpeluang memulakan kerjaya dan mengembangkan karier sebagai seorang penyampai radio bersama dengan barisan penyampai lain di Molek FM. Mereka ini bukan hanya perlu menghiburkan serta memberi maklumat kepada pendengar, tetapi mereka juga perlu menarik minat audiens di platform digital seperti media sosial, aplikasi juga  streaming serta YouTube”.

Pencarian Cek Molek Tati ini merupakan inisiatif Molek FM bersama Tati Skincare bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai penyampai radio. Pihak Molek FM berbesar hati dengan kesudian pihak Tati Skincare menjayakan pencarian Cek Mek Molek Tati ini.

Selepas berakhirnya Cek Mek Molek Tati ini, pihak Molek FM memberikan satu lagi kempen buat pendengar setia Molek FM menerusi kempen Duit Geng Molek yang sedang berlangsung sehingga 31 Mac 2022. Para pendengar Molek FM berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM200 dengan cara mendengarkan kata laluan yang diberikan oleh penyampai radio Molek FM di setiap segmen. Kemudian pendengar perlu dengarkan lintasan Geng Molek bagi mengetahui lokasi lintasan mereka dan mereka perlu menjadi pendengar yang terpantas untuk mencari lokasi Geng Molek. Setelah menemukan lokasi mereka, pendengar bertuah itu perlu berikan kata laluan yang betul kepada Geng Molek. Wang tunai bernilai RM200 bakal menjadi milik mereka yang bertuah itu.  

Molek FM boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu. 

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656. Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Education 2.0 Iktiraf Aplikasi PTTI Sebagai Best Companies Award

‘Ori’ Yuan Wei Explores His Colourful Mind With The Galaxy S21 FE 5G!