Drama ‘Perempuan Itu’ dilanda kontroversi apabila pelakon Zul Ariffin telah berkongsi klip adegan panas yang dilakonkan dia bersama pelakon baru, Siti Hariesa dalam drama tersebut. Malah, perkongsian tersebut turut mendapat kritikan hebat netizen.
Menurut laporan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa kemungkinan drama Perempuan Itu mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku.
Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dijangka bersiaran pada bulan Ramadan sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah. Malah, kesemua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.