Saksikan siapa bakal menjadi penari terbaik
Bersedia untuk digegarkan dengan bakat-bakat luarbiasa dan juga detik-detik penuh emosi di satu-satunya program pencarian bakat tarian di Malaysia So You Think You Can Dance musim kedua yang akan mula ditayangkan sekali lagi di layar skrin anda!
Rancangan yang mendapat sambutan hangat ini menampilkan barisan peserta-peserta baru dalam pencarian penari terbaik, akan mula ditayangkan pada setiap Khamis jam 9.30 malam bermula 1 Mei 2008 hanya di 8TV.
Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim kata:
“Musim kedua So You Think You Can Dance menjanjikan lebih keseronokkan dan pengalaman menarik untuk tontonan peminat serta penonton-penonton kami. Mereka bukan sahaja akan menyaksikan persembahan yang lebih menarik malahan para peserta pastinya akan memukau para penonton dengan teknik dan persembahan tarian mereka. Berdasarkan kepada jumlah peserta berbakat yang telah hadir di sesi ujibakat di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur, kami yakin pemilihan peserta Top 20 adalah yang terbaik dari seluruh pelusuk negeri. Bersandarkan kepada penambahan jumlah peserta berbakat pada musim ini, ia akan menjadikan proses pemilihan peserta terbaik lebih sukar bagi rakyat Malaysia dan juga para juri.”
Menurut Kim, episod pertama program pencarian bakat realiti ini akan memaparkan siri ujibakat yang telah diadakan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur. Episod seterusnya pula memaparkan peringkat “Boot Camp” yang menjadi platform pemilihan peserta Top 20.
Para penonton seterusnya akan dapat menyaksikan persembahan secara LIVE dan proses penyingkiran bermula pada 5 Jun. Persembahan LIVE ini akan menyaksikan peserta Top 20 (10 wanita dan 10 lelaki) berentap sesama sendiri dan proses penyingkiran akan dilakukan secara berpasangan.
Secara keseluruhannya sebanyak 16 episod akan disiarkan sepanjang musim dan ini termasuklah pusingan yang terakhir yang akan disiarkan secara ‘LIVE’.
Kemuncak program ini, merupakan peringkat Grand Finale yang akan berlangsung pada 1 Ogos 2008.
Nasib para peserta terletak di tangan panel hakim yang berkaliber iaitu Pat Ibrahim, Ramli Ibrahim dan Judimar Hernandez. Program ini akan turut menampilkan hos baru, si cantik jelita Aishah Sinclair.
Jadi, jangan lupa untuk menonton episod pertama So You Think You Can Dance malam ini bersamaan dengan 1 Mei 2008, Khamis jam 9.30 malam hanya di 8TV. 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berita-berita terkini, sila layari www.8tv.com.my/sytycd.
[tags]So You Think You Can Dance, Pat Ibrahim, Ramli Ibrahim dan Judimar Hernandez, www.8tv.com, blog mahathir, chedet.com, blogger menteri[/tags]