in , ,

Tip Cara Hidup Sihat Marsha Bersama Selebriti Dalam DIARI FIT & FIGURA

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengamalkan cara hidup sihat menerusi program “Diari Fit & Figura” yang sedang bersiaran setiap Khamis, pukul 5.30 petang di TV Okey.

Menampilkan selebriti terkenal Marsha Milan sebagai hos, perkongsian program 13 episod ini berkongsi misi perjalanan Marsha ke arah cara hidup yang lebih sihat termasuk rutin kecergasan, pilihan makanan yang sihat, rutin kecantikan & fesyen; dengan sokongan rakan-rakan artis dan atlet negara.

Menariknya penonton akan dikongsikan dengan tip kesihatan dan kecantikan sepanjang rancangan ini melalui segmen-segmen seperti 3, 2, 1…Jom Senam!, Menu Diet Sihat dan Gaya Tip Top.

Ikuti episod Marsha menerima kunjungan daripada teman baiknya, pelakon Sharifah Sakinah dimana mereka bersama-sama membuat empat jenis senaman Tabata. Selepas selesai sanaman, mereka menikmati ikan salmon berempah, beras quinoa dan ‘infused water’ sebelum bercerita tentang pemilihan warna pakaian. Marsha turut berkongsi video rakaman dari penata gaya, Minluna mengenai tips untuk gaya ‘color blocking’.

Marsha bersama tetamu aisrashid

Seterusnya Marsha bertemu pengacara TV, Hafez Dolson. Mereka bersama-sama menikmati sarapan pagi dengan lempeng buah-buahan sebagai pilihan makanan sihat. Selepas selesai makan, mereka melakukan senaman menggunakan ‘resistance band’ seperti ‘squat shoulder press’, ‘band biceps curl’ dan ‘overhead tricep extension’. Mereka turut dikunjungi oleh penata rias terkenal, Ayangkamell dan berkongsi tip penggunaan bedak asas dan bedak kompak.

Ada juga episod Marsha menemubual Zoey Rahman dan mereka bersama-sama membuat senaman seperti ‘crunches’, ‘leg raises’ dan ‘Russian twist’. Selepas selesai bersenam, mereka menikmati hidangan sihat dalam bentuk Bento sambal menunggu kedatangan Ayangkamell untuk memberi tip penggayaan rambut yang sesuai untuk lelaki.

Marsha seterusnya menerima kunjungan daripada rakan karib yang sering bersenam bersama, Ais Rashid. Mereka bersama-sama membuat senaman asas yang lebih fokus kepada pernafasan dan regangan; yang boleh membantu dalam melakukan aktiviti dan senaman lain serta persembahan. Selepas selesai senaman, mereka menikmati hidangan sihat ala ‘western’ iaitu burger ikan salmon dan jus lobak merah. Selepas itu, mereka dikunjungi oleh penata gaya terkenal, Minluna yang memberi tip bagi susun atur pakaian atau ‘wardrobe edit’.

tetamu Zoey Rahman

Menerusi program sama, Marsha turut mengundang dan menemubual beberapa lagi tetamu hebat terdiri daripada tukang masak terkenal di Malaysia iaitu Cef Brian, pelakon Ainul Aishah, dan koreografi lagak aksi iaitu Saiful Reza, Ara Johari, Bella Astillah, Dafi Ismail, dan Niena Azman. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BUNKFACE

Bunkface Lancar Single KORANG, Ditujukan Khas Buat Peminat & Sahabat

Tingkatkan Prestasi Permainan Dengan KachiShop, Rujuk & Dapat!