Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer berkata, “Pesta Berlian merupakan sebuah platform untuk kami berkongsi kepakaran dan pengetahuan mengenai keistimewaan berlian. Sudah menjadi sebahagian daripada tradisi kami untuk memberikan pendedahan kepada seluruh lapisan masyarakat agar lebih memahami nilai intrinsik yang terdapat pada batu berharga ini. Melihat para pelanggan yang semakin peka tentang nilai sesebuah barangan kemas berlian membuatkan kami lebih teruja untuk berkongsi lebih banyak informasi dan pengetahuan.”
“Selain itu, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang Pesta Berlian yang kami yakin dapat membantu orang ramai dalam mendapatkan rekaan dan nilai berlian terbaik. Kami berharap seluruh rakyat Malaysia akan mengingati dan menghargai berlian sebagai batu kelahiran pada bulan April. Selain itu, apabila Pesta Berlian HABIB kembali menjelang, harapan kami agar HABIB menjadi destinasi utama pelanggan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan berlian” tambahnya lagi.
Pesta Berlian HABIB menampilkan pelbagai koleksi barangan kemas yang memukau dan pasti merambangkan mata, dalam pilihan rona warna emas putih, emas kuning dan emas ros. Antaranya merupakan koleksi Adore, Fire On Ice, Gelora, Polaris, Koleksi H, DWA, Empress dan koleksi terbaru daripada jenama antarabangsa iaitu Korloff dari Perancis. Rekaan-rekaan yang penuh teliti dan mempunyai hasil kerja halus oleh pereka barangan kemas yang berpengalaman menjanjikan keselesaan pemakaian dan pastinya dapat memenuhi permintaan pelanggan.
Istimewa pada tahun ini, HABIB membawakan lebih banyak koleksi berlian bersijil daripada GIA, HRD dan AGS yang ditampilkan dalam pelbagai bentuk, warna, kejelasan dan saiz. Antaranya merupakan Koleksi Hearts On Fire, The World’s Most Perfectly Cut Diamonds (Potongan Berlian Paling Sempurna Di Dunia) yang semakin digemari di kalangan bakal raja sehari kerana kilauan yang dipancarkan lebih memukau. Selain itu, koleksi rantai tangan berlian yang dikenali sebagai rantai tangan berlian ‘Tennis bracelet’ juga menjadi kegemaran ramai, kerana ia berkonsepkan minimalis. Rantai tangan ini boleh didapati pada harga yang berpatutan dan juga boleh diubah suai dengan berlian bersijil sepenuhnya.
Bersempena dengan Pesta Berlian ini juga HABIB mempamerkan koleksi barangan kemas antik yang bertatahkan batu intan. Intan yang juga dikenali sebagai rose-cut diamonds merupakan berlian potongan leper yang dipotong seawal tahun 1900 sebelum terdapatnya mesin potongan berlian yang berteknologi tinggi. Intan mempunyai kilauan yang unik dan indah. Koleksi barangan kemas intan terdiri dari kerongsang, loket, rantai pendek, anting-anting dan rantai tangan.
Koleksi-koleksi yang penuh kilauan ini diperagakan oleh model tempatan sewaktu pelancaran Pesta Berlian yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Meer di bilik pameran HABIB yang terbesar iaitu cawangannya di Pavilion Bukit Jalil.
Mengangkat tema ‘Edutainment’ pada tahun ini, HABIB menganjurkan bengkel istimewa yang akan dikendalikan oleh pakar gemologist HABIB yang berpengalaman. Bengkel yang dianjurkan telah terbukti dapat membantu pelanggan untuk lebih memahami nilai setiap butiran berlian berdasarkan aktiviti yang pernah dianjurkan sebelum ini. HABIB juga pernah membawa pakar pemotong berlian terbaik dunia ke Malaysia untuk memberi demonstrasi pemotongan berlian yang sempurna serta mengimport mesin memotong berlian daripada Amerika Syarikat ke Malaysia untuk tatapan yang lebih jelas kepada masyarakat.
HABIB sangat menggalakkan setiap wargakerja dan pelanggan untuk sentiasa menimba ilmu pengetahuan untuk pembangunan diri selari dengan nilai murni yang diterapkan. Oleh itu, sesi bengkel berlian ini, dapat membantu pelanggan untuk menjadi lebih yakin dan berpuas hati apabila hendak membuat pembelian barangan kemas. Pengetahuan yang lebih mendalam mengenai batu berharga ini membuatkan setiap individu lebih menghargai nilai setiap butiran, pada masa yang sama mewujudkan nilai sentimental terhadap barangan kemas yang dimiliki.
Pesta Berlian tahun ini melabuhkan tirai dengan kemuncak (Diamond Fest Grand Finale) yang bakal diadakan bermula 31 Mac sehingga 3 April 2022 di seluruh bilik pameran HABIB bersempena bulan April yang menjadi bulan kelahiran berlian.