Gambar Shaheizy Sam di Anugerah Bintang Popular 2010.
Hadir di sesi merasmikan & acara testing baju untuk ABP tajaan Lord’s Tailor pada hari Jumaat lalu, Shaheizy Sam begitu ceria mendapat baju baru. Maklumlah dapat free, siapa tak nak. Lepas pakai boleh simpan kat rumah. Terima kasih banyak untuk Lord’s Tailor.
Kali ini, seramai 11 orang selebriti telah ditaja oleh pereka fesyen terkenal, dan Budiey rasa semua rekaan sangat sesuai dan menepati tema, Modern Classic. Pemilihan fabrik yang agak gelap dan kelabu dengan garis lurus selari. Kalau ABP tahun lepas, ramai yang pakai baju petak-petak dan berwarna-warni. Tapi kali ini nampaknya, tiada lagi fesyen caca marba. Semua nampak macam pelakon Hollywood zaman dulu.
Budiey sempat borak-borak santai dengan Shaheizy Sam. Secara tak langsung, Sam menganggap ABP tahun ini satu percutian baginya. Kerana keesokannya, Sam akan terbang ke Korea untuk pengambaran filem Aku Ada, Kau Ada?
Video Temubual Budiey Bersama Shaheizy Sam Sempena ABPBH2010
Kalaulah Shaheizy Sam ni hidup di zaman-zaman 60an dulu mungkin beginilah stailnya. Dengan topi ala Charlie Chaplin dan pakaian klasik. Ini sebagai teaser untuk korang, Shaheizy Sam akan menggayakan pakaian ini tajaan Lord’s Tailor di ABP.
Lebih kurang macam ni lah nanti Sam akan berjalan di karpet biru di puncak Genting pada malam ini.