Tahniah buat Diana Danielle kerana telah dilantik menjadi talent untuk produk terbaru syampoo terkenal, Sunsilk – Hello Perfection.
Diana Danielle turut hadir di majlis pelancaran yang diadakan pada jam 11 pagi semalam (31 Mac 2011) di Ballroom, Tingkat 6, Hotel Hilton Kuala Lumpur.
Tampil cantik anggun menawan dengan long dress rekaan dari pereka terkenal Khairil Sufi, Diana Danielle turut ditemubual oleh hos majlis, Jojo Struys.
Bercakap tentang kesempurnaan dalam gaya & rambut, Diana mengakui agak sukar untuk mencapai kesempurnaan itu memandangkan kehidupan glamor seseorang artis begitu membuatkan beliau berhati-hati untuk memilih gaya dan fesyen rambut. Memang lumrah, memang ada yang akan mengkritik setiap gaya. Itu tak betul, ini tak betul. Jadi, untuk mencapai kesempurnaan, Diana lebih belajar dari kesilapan lalu dan kalau boleh setiap yang dipakai itu perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum orang lain memberi komen. Yang penting, Diana tahu apa yang dia mahukan dan ia bukan sekadar memenuhi apa yang orang lain mahukan. Ya, jadilah diri sendiri, tak perlu nak tiru sesiapa.
Diana Danielle & Jojo Struys