in , ,

Abjad Aksara Lancar Single Pertama Berjudul BAYANG-BAYANG

Abjad Aksara, atau lebih mesra dikenali sebagai Abjad, merupakan sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh Adam (vokal, gitar), Sairul (gitar), Ekmal (dram), dan Arel (gitar bass). Dengan barisan lineup yang kini sempurna, rakan-rakan ini mula mengorak langkah pertama mereka dengan menceburi bidang muzik secara serius.

Sebelum ini, mereka menggelarkan nama kumpulan sebagai papastathopulous. Mereka juga sempat mengeluarkan EP self-titled pada tahun 2019, kemudiannyadisusuli dengan rilisan single berjudul Kenang’pada tahun 2020 .  Menurut Adam (vokal, gitar), ‘’ Kini pada tahun 2022, kami ingin mencuba sekali lagi menerusi penglibatan karya muzik, disertakan dengan niat yang lebih teliti dan komitmen yang tinggi dengan gelaran baru, Abjad yang membawa genre rock alternatif, secocok dengan gaya penulisan genre-fluid’’- Katanya

Satu-satunya anak kelahiran Parit Buntar di antara mereka berempat telahpun membuat permulaan gerak langkah dengan mengeluarkan salah satu single pertama mereka, Bayang-Bayang’, dan kemudiannya akan disusuli dengan dua lagi rilisan single untuk tahun 2022. Mereka akan menuju kemuncaknya dengan rilisan album full-length mereka yang pertama. 

ABJAD AKSARA

Abjad menjelaskan – ‘’Kisah di dalam lagu ‘Bayang-Bayang’ ini merupakan tafsiran tersendiri kami tentang bagaimana sekiranya irama dan nada lagu tersebut dapat dizahirkan dalam bentuk perkataan.  Bila dewasa nanti , kita perlu sedar  bahawa dengan adanya kemahuan yang amat luar biasa dapat kita meninggalkan tabiat lama kita.  Ibarat dicampak ke dalam sebuah pemikiran yang gelisah dan janggal, begitulah para pendengar akan berasa apabila dihidangkan denan dengungan riff gitar yang tegang pada awal permulaan lagu Bayang-Bayang. Perasaan yang timbul inilah yang dicari Abjad Aksara, atau singkatannya Abjad buat pendengar trek ini’’. 

Secara kolektif, keempat-empat anggota Abjad Aksara bersetuju ‘Bayang-Bayang’ merupakan pemacu kepada musikaliti Abjad.  Bertindak sebagai pengenalan dan pendahulu bunyian Abjad untuk lagu-lagu rakaman yang lain (dan akan datang) kepada para pendengar, pembikinan ‘Bayang-Bayang’ telah berjaya buka ruang kepada Abjad untuk bereksplorasi dan mencari haluan identiti bunyi yang diinginkan.

ABJAD AKSARA

‘’Kami juga berasa amat teruja; dalam masa yang sama bersifat teliti sewaktu proses pembuatan lagu ‘Bayang-Bayang’ dari awal sehinggalah ke proses pemilihan ‘mixing’ yang sesuai untuk lagu tersebut bersama saudara Mokhtarizal. Tidak dinafikan, hasil daripada proses tersebut juga membuatkan kami amat berbangga dengan penghasilan lagu ini kerana itulah kami memilih ‘Bayang-Bayang’ sebagai debut pengenalan kami’’.

‘’Ianya merupakan riff pertama yang kami tulis bersama pada tahun 2017. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan, ternyata pelaburan masa yang berkualiti mendatangkan hasil yang memuaskan untuk komposisi pembuatan lagu ‘Bayang-Bayang’ yang secara teliti dan menyeluruh. Riff yang diilhamkan secara tidak sengaja ini dikatakan penulisan melodi pertama Abjad pada tahun 2018 – kata Abjad 

“Secara jujurnya, kami sendiri tidak menjangka pada awalnya untuk bekerjasama dengan pihak Luncai Emas untuk pengedaran dan penerbitan rasmi kepada hasil karya kami kerana bagi kami Luncai Emas merupakan satu syarikat rakaman yang memiliki reputasi besar dalam industri seni Malaysia dengan hasil produknya tersendiri. ‘’

“Kami melihat kolaborasi bersama Luncai Emas selaku pengedar dan penerbitan rasmi kepada ‘Bayang-Bayang’ merupakan satu peluang utama untuk kami pasarkan lagu ini khusus buat para pendengar yang betul-betul inginkan karya muzik yang berkualiti dan berwawasan. Ianya juga bermula daripada peminat pertama lagu ‘Bayang-Bayang’ itu sendiri, iaitu produser kami, saudara Mokhtarizal daripada IseekMusic Studio. ‘’

“Di saat kami masih mencari pengedar rasmi tempatan untuk pemasaran lagu ‘Bayang-Bayang’ ini, beliau sendiri yang mencadangkan kepada kami untuk mencuba memasarkan lagu ini menerusi edaran pihak Luncai Emas setelah beliau melihat akan potensi dan kekuatan yang ada pada lagu ini. ‘’

ABJAD AKSARA
Abjad Aksara Ketika Sesi Latihan Di Studio

Pelancaran single ‘Bayang-Bayang’ disertai dengan sebuah video yang mendapat sentuhan Azriq Anwar dan telah dilancarkan di saluran youtube Luncai Emas pada 16 Februari lalu. Kesemua material Abjad dirakamkan di Iseekmusic Studio oleh jurutera audio veteran scene tempatan iaitu saudara Mokhtarizal, dan Luncai Emas Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar dan penerbit rasmi. 

Harapan Abjad agar mereka dapat melancarkan full-length albumpertama mereka di sekitar hujung tahun 2022 . Selain dari album ,  mereka juga ingin merealisasikan jelajah ‘tour’ untuk mempromosikan karya muzik secara live kepada para pendengar dengan lebih dekat dan intimasi. Dan sebagai peminat muzik, mereka berkata ‘’Sangat berharap yang nukilan-nukilan kami ini dapat dikongsikan dan diterima baik kepada semua peminat-peminat muzik yang lain’’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Amal Bunga-bunga Cinta Misha Omar Berjaya Realisasikan Usaha Murni Untuk Anak Seni 

DYTM Raja Muda Selangor Turun Padang Melawat Rumah Yang Terjejas Pasca Banjir