Ali berkata dia tiada masalah serta bersedia untuk berdepan dengan netizen yang akan menghentam atau mencemuhnya di media sosial.
“Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena.
“Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.
Sementara itu, Ali berkata dia tidak akan menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
“Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi. Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun,” katanya.
Terdahulu, Ali bercadang untuk memfailkan rayuan keputusan mahkamah itu apabila mendapati wujud fakta tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.