World Peace Entertainment Sdn. Bhd. dengan kerjasama Def Jam Recordings Malaysia mengumumkan, penyanyi, penulis lagu dan pelakon Naim Daniel telah bekerjasama dengan Joe Flizzow untuk mengeluarkan single baharu iaitu HABIS SINI, menandakan kerjasama rasmi pertama antara kedua-dua penghibur itu.
“Saya berasa amat teruja apabila Joe Flizzow bersetuju untuk menyertai saya untuk kolaborasi ini. Ia satu penghormatan untuk bekerjasama dengannya,” kata Naim Daniel.
HABIS SINI mengisahkan tentang bagaimana dalam kehidupan seharian kita akan bertemu dengan manusia yang leka dengan menyebarkan aib orang lain sedangkan dirinya sendiri masih penuh dengan cela.
Istimewa untuk peminat-peminat Naim Daniel dan Joe Flizzow, HABIS SINI boleh didapati dan dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, Youtube, JOOX dan lain-lain bermula 2 FEBRUARI 2022 ini.
Manakala musik video HABIS SINI akan dilancarkan pada tarikh yang sama di saluran Youtube World Peace Entertainment pada 8.00 malam pada hari yang sama.