Menurut Fazura, sudah ada perancangan ke arah itu dan suami, Fattah Amin juga mahu untuk menambahkan bilangan ahli keluarga mereka.
“Sudah tentu perancangan itu memang ada, tetapi saya baru kuruskan badan. Dahulu semua orang akan tanya bila saya nak kurus.
“Sejujurkan ketika baru lepas bersalin dulu, memang sudah nak turunkan berat badan. Hanya ibu-ibu yang mempunyai anak sahaja tahu. Sehinggakan saya pernah kena body shaming,”
– Fazura
Fazura berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa majlis An Evening With Fazura & Besties yang berlangsung baru-baru ini.
Ujarnya, meskipun kini sudah mendapat kembali berat badan yang ideal, ia tidak menghalang dirinya untuk menambah cahaya mata.
“Insya-Allah, semua akan diusahakan dan harap dipermudahkan. Fattah pun tak kisah apabila saya nyatakan perancangan ini dan dia bersedia jika saya bersedia,”
– Fazura
Dalam pada itu, mengenai acara yang berlangsung pula, Fazura berkata ia bertujuan untuk meraikan kejayaan stokis dan ejen produk yang digelarkankan sebagai ‘Besties’.
“Majlis keraian ini adalah satu penghargaan untuk Besties saya semua sepanjang pembabitan saya dalam bidang keusahawan ini dan kerana itulah saya memilih slogan ‘Milik Semua’ kerana saya mahu ramai orang menikmati rangkaian produk saya dengan harga mampu milik yang sesuai untuk semua.”
“Saya bersyukur dan berbangga dengan kejayaan Besties yang sama-sama mendukung rangkaian produk yang diasaskan seperti hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan, Fazura Beauty, serta rangkaian fesyen dan akesesori, Fazbulous.
– Fazura
“Besties ini mampu menjana pendapatan bulanan yang lumayan dan alhamdulillah, lebih 4,000 orang ejen dan dropship berdaftar dibawah syarikat. Ini memupuk lagi semangat saya untuk bergerak bersama lebih ramai lagi mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan serta yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan ketika pandemik COVID-19 ini,”
– Fazura
Menurutnya, antara produk yang paling laris adalah Tudung Fazura yang pernah mencapai rekod jualan tertinggi untuk satu koleksi sebanyak 200,000 helai.