Pemiliknya, Mila Jirin berkata syarikat kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya yang turut terkesan dengan tempias wabak berkenaan.
Kata Juara Akademi Fantasia musim kelima itu, dia mensasarkan untuk terus menambah jumlah dewan kahwin dari semasa ke semasa.
“Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin di sekitar Selangor dan Johor Bahru.
Tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi jumlahnya termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru menjadikannya jumlahnya kelak 12.
“Insya-Allah menjelang tengah tahun ini kami jangka akan tambah lagi dua dewan kahwin menjadikan 14. Semoa ia dipermudahkan dan Allah izin kami uruskan majlis kahwin anda,” kata Mila optimis.
Mila atau nama penuhnya, Nursyamila Jirin berkata syarikatnya rancak menawarkan pakej perkahwinan termasuk Dewan Bizmilla bermula dari harga RM9,900.
“Harga RM9,900 itu dibuka untuk minima 100 orang tetamu atau jemputan untuk lokasi di Selangor, KL dan Johor Bahru.
“Kalau berminat boleh terus hantar mesej langsung ke Instagram @bizmilla_wedding_centre atau layari www.bizmillacatering.com,” katanya.
Syarikatnya sehingga kini juga telah menguruskan hampir 7,000 majlis kahwin dari tahun 2013.
“Kami juga mempunyai misi yang besar dalam membawa jenama ini kesemua bandar utama di seluruh negeri.
“Sekali gus menjadi pengurusan majlis kahwin dengan dewan terbesar di Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Mila yang juga bekas penyanyi turut menghadiahkan majlis resepsi untuk teman baiknya, Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Majlis yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit turut tular dan diperkatakan ramai.
Bagi Mila, dia percaya nilai hadiah majlis itu tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Malah ia tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan mereka yang sudah mencecah 15 tahun sejak di AF5 lagi.