in ,

Jana Ong anda pada Tahun Baru Cina ini dengan Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé

Beli dan nikmati produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum dan raih peluang memenangi Tin Emas edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu!

Rasa Ong (tuah) anda sudah tiba? Jom sertai Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (RTD) edisi 2022 dan anda mungkin salah seorang daripada lapan rakyat Malaysia yang betul-betul ONG untuk membawa pulang Tin Emas MILO atau NESCAFÉ RTD edisi terhad bersaiz hidup yang bernilai RM40,000 setiap satu! Hadiah yang ditawarkan sekali seumur hidup ini diperbuat daripada emas 999 seberat +-150gm. Empat orang pemenang Hadiah Utama ini akan diumumkan pada setiap bulan sepanjang tempoh dua bulan peraduan ini berlangsung iaitu dari 3 Januari hingga 28 Februari, 2022.

Selain itu, pelbagai hadiah lumayan lain turut boleh dimenangi menerusi peraduan ini dalam bentuk ganjaran tunai pada setiap dua minggu peraduan berlangsung. Seramai 40 pemenang akan meraih hadiah tunai RM1,888 manakala 320 orang lagi bakal memenangi wang tunai RM288. Secara keseluruhannya, 368 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah dengan nilai keseluruhan mencecah RM487,700; sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 40 peratus dari segi bilangan pemenang berbanding peraduan edisi 2021.  

Jana Ong anda pada Tahun Baru Cina ini dengan Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Kami amat teruja untuk kembali menganjurkan peraduan Tahun Baru Cina popular ini buat para pengguna kami dan menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah tunai. Berikutan pembukaan ekonomi negara secara beransur-ansur sejak beberapa bulan yang lalu, kami harapkan hadiah-hadiah ini dapat terus menyuntik lagi semangat rakyat Malaysia untuk kembali pulih. Ini merupakan antara inisiatif kami untuk terus menyokong para pengguna kami, selain merakamkan penghargaan atas sokongan orang ramai terhadap Nestlé. Tin Emas RTD edisi terhad bersaiz hidup ini kini ditawarkan buat julung kalinya melalui Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD. Hanya lapan pemenang bertuah di seluruh negara berpeluang memenanginya, sekali gus menjadikan Tin Emas ini barangan koleksi yang cukup bernilai!”

Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé RTD terbuka kepada semua penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dengan dokumen pengenalan sah. Berikut adalah langkah-langah penyertaan: 

Jana Ong anda pada Tahun Baru Cina ini dengan Peraduan Hari-HariMau Ong Nestlé

Langkah 1: Beli mana-mana produk Nestlé Sedia-Untuk-Diminum (MILO UHT/Tin/Botol, Tin/Botol/Cawan NESCAFÉ, JUST MILK UHT, OMEGA PLUS UHT dan Botol LIVELY TEA) dengan nilai minima RM6 dalam sekeping resit tunggal di kedai-kedai yang turut serta. Setiap resit layak untuk satu penyertaan sahaja. 

Langkah 2: Catat nama dan nombor pengenalan anda di muka depan resit tersebut.

Langkah 3: Ambil gambar resit dengan jelas dan hantarkan ke talian WhatsApp 018-388 2921.  

Rangakaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum telahpun berkembang dari sekadar jenama popularnya iaitu MILO, NESCAFÉ dan OMEGA PLUS. Kini, ia juga membariskan jenama minuman teh yang diseduh dengan adaptogen yang diberi nama LIVELY TEA. Minuman LIVELY TEA boleh didapati dalam tiga varian teh hitam yang menampilkan gabungan adaptogen yang diekstrak daripada guarana, salap lemon dan beri schisandra – sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina kali ini!

Selain dinikmati bersendirian atau bersama orang tersayang, kepelbagaian perisa yang ditawarkan rangkaian Nestlé Sedia-Untuk-Diminum sememangnya cukup sesuai untuk sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, membolehkan anda menghidangkan aneka minuman popular kepada tetamu yang datang melawat. 

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.dearnestle.com.my/peraduan-nestle-rtd-hari-harimau-ong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FASHA SANDHA

Pilih Fasha Sandha Jadi Duta, Wawawien Beaute Harap Terus Meletop

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Semula