Persembahan kelima-lima pasangan ini berjaya mencuit hati ramai penonton. Walaupun ini merupakan persembahan pertama mereka, keserasian dapat dilihat antara mereka. Persembahan dimulakan dengan pasangan Malhamka dan Yuveena (Ikhmal Hamka dan Yuveena Gunainthran) dengan lagu Cinta Luar Biasa (nyanyian asal Admesh Kamaleng).
Walaupun Malhamka nampak kurang fokus kerana baru sahaja kematian ayahanda tersayang sebulan lalu, namun keserasiannya dengan pasangan iaitu Yuveena yang merupakan kacukan Cina dan India berjaya membuatkan mereka kekal untuk ke peringkat seterusnya.
Pasangan lain adalah Achik dan Maria (Achik Asrain dan Maria Khairul) membawakan lagu Risalah Hati nyanyian asal Dewa 19 serta Pasya dan Puteri (Faizul Asyraf dan Puteri Khareeza) dengan lagu Dealova nyanyian asal Once Mekel. Persembahan daripada Pasya dan Puteri mendapat pujian daripada dua juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu. Namun terdapat dua pasangan tidak berjaya mencantumkan pentas! Dua persembahan tersebut ialah Syafeek dan Zazo (Shafeek Ikhwan dan Zaleha Zolkepli) membawakan lagu Canggung nyanyian asal Wani Hasrita serta Norman dan Hazreen (Norman Hafizi dan Hazreena Amreena) mempersembahkan lagu Gundah nyanyian asal Ernie Zakri.
Namun, kegigihan setiap peserta membuatkan kedua-dua juri tetap telah berlembut hati dan memberi peluang kepada mereka untuk terus beraksi dengan lebih bersemangat untuk episod seterusnya.
Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit.
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.