in , ,

Habib Rasmi Bilik Pameran Terbesar di Pavilion Bukit Jalil Tampil Konsep Moden & Kontemporari

HABIB Pavilion Bukit Jalil lancar ruang pameran terbesar berkonsepkan moden kontemporari dengan suasana mewah & eksklusif

HABIB, jenama terulung barangan kemas tempatan melabuhkan tirai tahun 2021 dengan pembukaan bilik pameran yang ke 31 di Pusat Membeli-Belah Pavilion Bukit Jalil. Lokasi strategik serta kedudukan bilik pameran yang terletak berhadapan dengan pintu masuk utama dan ruang legar pusat membeli belah memudahkan orang ramai untuk berkunjung. Dengan berkeluasan 4,414 kaki persegi, ini merupakan bilik pameran HABIB yang terbesar dan menawarkan pengalaman membeli belah terbaik dengan ruangan yang disediakan adalah lebih lapang, sesuai dengan peredaran di zaman norma baharu. 

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB berkata, “Pelanggan lebih cenderung untuk datang sendiri ke bilik pameran bagi merasai dan mencuba sendiri barangan kemas yang bernilai tinggi sebelum membuat pembelian. Pelaburan kami dalam bilik pameran Pavilion Bukit Jalil baharu ini adalah bukti komitmen dalam memenuhi permintaan yang sentiasa berubah dan ianya membezakan serta meletakkan kami selangkah ke hadapan. Walaupun dengan norma baharu, pelanggan boleh terus membeli-belah dengan selesa dan tanpa bimbang.”

Dato_ Sri Meer giving speech during the opening

Dato’ Sri Meer Habib, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB  (tengah) memberi ucapan pembukaan bilik pameran baharu, diiringi Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB (kiri) serta Mohd Zaruddin Mahmud Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran HABIB (kanan)

Showroom Entrance(1)

Dato’ Sri Meer menambah, “Pembukaan bilik pameran terbaru dan terbesar di Pavilion Bukit Jalil ini memberi kemudahan dengan jarak perjalanan yang lebih pendek untuk pelanggan yang berada di sekitar Bukit Jalil. Sebanyak lebih daripada 2,000 rekaan yang unik merangkumi pelbagai koleksi barangan kemas yang pasti menepati citarasa untuk setiap lapisan umur. Antaranya, koleksi terbaru sesuai buat golongan muda dan kanak-kanak; koleksi Disney x HABIB Frozen menambahkan kepelbagaian barangan dalam memenuhi permintaan yang berbeza”. 

Main Showroom Area(1)

Bilik pameran ini menampilkan seleksi pilihan barangan kemas terbanyak antaranya, koleksi Oro Italia 916, berlian dan batu permata, serta berlian bersijil antarabangsa iaitu GIA dan juga Hearts On Fire® yang merupakan potongan berlian yang paling sempurna di dunia. Selain itu, uniknya bilik pameran ini adalah terdapat ruangan kolaborasi yang merupakan kawasan khas bagi menampilkan kempen istimewa. Ruangan komuniti turut tersedia untuk acara peribadi dan pameran eksklusif untuk memberi keselesaan dan privasi kepada para pelanggan.

Main Showroom Area(2)

Ruangan kolaborasi (kiri) serta ruangan komuniti (kanan) yang terdapat di HABIB Pavilion Bukit Jalil

Sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan kepada HABIB sejak lebih 63 tahun, HABIB sentiasa menjadikan pelanggan sebagai keutamaan dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. HABIB berbesar hati berkongsi hadiah kebahagiaan dengan menjadi sebahagian daripada detik istimewa pelanggan untuk setiap majlis, acara dan perayaan.

HABIB employees pose in front of its 31st and biggest showroom at Pavilion Bukit Jalil

Untuk informasi lanjut dan terkini mengenai HABIB, layari laman sesawang di www.habibjewels.com atau ikuti media sosial HABIB di Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

Exclusive Area

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar, Ubati Kekecewaan Peminat

NOIR

NOIR Pecah Tradisi Pertama Taja AJL 36