in , ,

Vida Edar Sendiri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Tak Mahu Longgok Di PPS

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengambil inisiatif turun padang menghulurkan sendiri bantuan terus kepada mangsa banjir kerana bimbang bantuan tidak diagihkan secara terus.

Menurut Vida, pada awalnya dia menghantar bantuan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) namun dia risau adakah barangan tersebut akan diterima oleh mangsa banjir.

“Pada mulanya saya agih bantuan di PPS dan separuhnya terus kepada mangsa tetapi saya rasa tidak puas hati apabila meletakkan barang di PPS.

“Hari pertama memang saya longgokkan barang di PPS dan mula terfikir bantuan akan pergi kemana dan adakah akan diterima mangsa. Disebabkan tidak puas hati, saya terus hantar di pintu rumah mangsa banjir,”

– Vida

Kata Vida lagi, dia tidak mampu untuk mengagihkan bantuan tersebut secara sendiri namun meluahkan rasa syukur ramai penghantar makanan turut membantu.

“Apabila tidak puas hati, saya mengambil keputusan untuk terus edar bantuan dari rumah ke rumah. Memang ambil masa tetapi mujur ada bantuan daripada ramai penghantar makanan.

“Bagi saya, jika ada kemampuan untuk mengagihkan bantuan seperti makanan, bantal dan tilam ke rumah-rumah mangsa, lakukanlah,”

– Vida

Baru-baru ini, Vida menghulurkan bantuan kepada penduduk di Kampung Chemperai, Dengkil bersama pasukannya yang turut disertai dua anaknya, Kacak dan Cik B.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EBBY YUS

Lepas Rumah Dihanyutkan Banjlr, Ebby Yus Masuk Hospital, Ini Keadaan Terkini Beliau

BADRUL MUHAYAT

Bekas Isteri Dakwa Badrul Muhayat Larikan 2 Anak, Rumah Dipecah Masuk