Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) baru-baru ini megumumkan penamatan amaran hujan berterusan apabila keadaan cuaca di beberapa negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang dilihat sudah bertambah baik dari sebelum ini.
Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan seawal 11.30 pagi pada 19 Disember, semalam untuk beberapa buah negeri ditamatkan serta-merta.
Menurut pihak MetMalaysia, orang ramai diluar sana boleh mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan cuaca di laman web rasmi Jabatan itu, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi mereka.