Ramai artis kita selalu silap dalam berpakaian di majlis anugerah. Kemas tidak semestinya dengan hanya mengenakan suit kot. Kalau kena cara, pakai jaket denim pun boleh buat semua mata memandang dan tertumpu pada artis itu. Budiey kira pakaian yang menggunakan warna terang dah old fashion. Tapi masih ramai lagi selebriti yang masih pakai baju berwarna terang.
Anugerah Planet Muzik sepatutnya menetapkan tema pemakaian agar senang bagi selebriti memilih tema yang dikehendaki. Bukan pakai main redah saje.
Budiey sangat terkilan kerana acara red carpet tidak diadakan. Bukan apa, kalau ada acara permaidani merah akan menyenangkan kerja fotografer untuk mengambil gambar artis. Tetapi sekiranya dibuat di Pusat Konvesyen, sudah tentu akan menjadikan laluan di luar pintu masuk bertambah sesak.
Ini gambar yang sempat Budiey rakam untuk tatapan korang semua.