Tapi ramai pelajar dah janji untuk perform labih baik minggu ni. Siap sumpah tak nak main-main dan malas dalam kelas.
Dafi mendapat lagu yang cukup mencabar pada minggu ini. Bukan mudah untuk mengikut lenggok genre irama tradisional. Paling membimbangkan, lagu Sepanyol untuk Aizat. Untuk hafal dan faham memang perlu masa jugak. Dafi dan Aizat mengambil tindakan bijak kerana memilih genre yang berbeza kali ini. Kalau show tak bagus pun, adalah jugak alasan diorang ni… sebab nyanyi lagu yang tak biasa dengar.
Saya meramalkan persembahan Shawal akan power dengan lagu yang menjadi siulan masa kini, Izinkan Ku Pergi – Kaer. Itu pun kalau kena cara. Keupayaan Dekna juga teruji dengan lagu rock balada 90an Salam Untuk Kekasih. Korus lagu ini memang susah dan perlu ada dinamik dan projection suara yang tinggi.
Pertama kali Heliza akan membawa lagu Inggeris. Sudah tentu sebutan menjadi isu utama yang diperhatikan oleh pengkritik nanti. Farha pula pastinya kena menari untuk lagu As Long As You Love Me. Lagu Backstreet Boys kena ada karakter dan attitude. Kalau payah sangat tirulah macam budak Korea ni nyanyi. Sila klik di sini: Budak Korea Nyanyi dengan Gaya Poyo Tapi Ada Karakter! Lawak giler!
Lagu tugasan untuk Konsert Akademi Fantasia 5 – Minggu ke-4:
- Fatin – Joget Gila Bayang (Anita Sarawak)
- Noni – Pastikan (Siti Nurhaliza)
- Ebi – Kasihnya Laila (Jinbara)
- Aizat – La Camisa Negra (Juanes)
- Shawal – Izinkan Ku Pergi (Kaer)
- Heliza – Torn (Natalie Imbruglia)
- Farha – As Long As You Love Me (Backstreet Boys)
- Candy – Setia Ku Korbankan (Fauziah Latiff)
- Dekna – Salam Untuk Kekasih (Nadia)
- Dafi – Zikir Kasih (Amir Ukays)
- Rizal – Di Ambang Sore (Ahmad Jais)
- Aswad – Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
- Mila – Benci Tapi Rindu (Diana Nasution)