Dari saat pelakon Miera Liyana masuk ke dewan Ballroom, Hotel Le Meridien hinggalah saat ini, medan Twitter dan Facebook begitu meriah tak henti-henti menyebut nama Miera Liyana. Sekaligus, nama pelakon yang masih mentah ini terus meningkat dan diperkatakan ramai. Apa taknya, pakaian yang dipakai oleh pelakon ini dikatakan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Baju yang terlalu seksi itu hanya sesuai untuk artis Hollywood sahaja. Budiey sebagai pemerhatI tak bergaji ni dapat melihat dan membaca macam-macam komen dan kritikan pedas dari orang ramai hasil dari kejadian ini.
Hingga ada yang mahukan peminat banned nama pelakon yang semakin meningkat naik ini. Rasanya, berilah peluang kedua untuk Miera. Dan Miera pula jangan pula melatah dengan kritikan pedas orang ramai.
Kadang-kadang, terfikir juga mengapa Miera tak menolak sahaja baju yang diberikan oleh pereka fesyen dan memilih baju yang lebih sesuai. Atau Miera dah terbiasa dengan pakaian seperti ini semasa pertunjukan fesyen di Paris dan di luar negara. Sedikit sebanyak mungkin pengaruh dari pengalaman masa di oversea tu buat Miera tak berjaga-jaga.
Oh ya, realitinya, Miera ni sebenarnya memang suka melatah bila diusik-usik atau digeletek oleh kawannya.
Namun, pada hari ini, Miera Leyana telah memohon maaf maaf pada semua dalam kenyataannya di Portal Mstar Online.
Diharap Miera Liyana menerima teguran dan kritikan orang ramai. Seterusnya menjadikan apa yang berlaku satu pengajaran dan tak patut diulangi di masa akan datang.
Selamat maju jaya Miera Liyana.
KUALA LUMPUR: Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payudaranya.
Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.
“Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.
Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.
Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang.”
– Miera Leyana
Bagaimanapun, pelakon filem Apokalips yang bakal muncul di pawagam ini akan berhati-hati memilih pakaian agar tidak berlaku insiden seperti itu.
‘Baju yang direka oleh Wan Huzairil untuk majlis berkenaan, memang direka untuk fesyen sedemikian. Pada cubaan kali pertama setelah siap, ianya agak besar dan saya telah meminta untuk dia mengecilkan sedikit saiz baju berkenaan,” cerita Miera.
“Dan selepas dari itu, saya tidak mencubanya, sehinggalah pada petang acara itu akan diadakan, sekitar jam 7 malam. Sekali imbas, saya melihat ianya sebuah baju yang cukup cantik dan sesuai dengan saya.”
– Miera Leyana”
Mengenai jawapan Miera Leyana dalam sesi temuramah yang dikatakan cukup puas hati dan selesa dengan baju yang dipakainya pada acara berkenaan, dia menjawab, “Pada waktu berkenaan, saya tidak perasan yang baju berkenaan begitu ‘menjolok mata.’ Jadi jawapan pada ketika itu berdasarkan rekaan baju berkenaan yang cukup selesa dan sesuai dengan citarasa saya.”
“Mengenai jawapan saya mengenai, nampak sedikit sahaja, ianya satu jawapan yang tidak menjurus ke arah konteks yang saya berbangga dengan apa yang dilakukan, tetapi lebih kepada situasi berkenaan dan tidak menjangka akan memberi impikasi yang kurang senang kepada orang lain,” tambah Miera Leyana lagi.
Diminta mengulas mengenai penyebaran gambarnya dalam majlis berkenaan, yang diambil secara sembunyi dan menampakkan bahagian tidak sepatutnya, di beberapa laman sesawang dan forum, Miera berkata, “saya agak terkilan dengan penyebaran gambar berkenaan yang diambil secara sembunyi (gambar amatur) dan dimuatnaik ke laman sesawang tertentu. Saya telah melakukan kesilapan, tetapi saya merasakan tidak wajar diperlakukan sedemikian. Hidup saya seperti diburu paparazzi Hollywood.”
“Saya akui yang baju rekaan Wan Huzairil itu agak seksi dan ianya satu langkah agak berani untuk memperagakannya. Untuk sekian kali,dengan rasa rendah diri dan ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.”
Miera mula tidak selesa mengenakan pakaian tersebut setelah ramai yang memerhatikannya dengan pandangan pelik dan ada juga yang datang kepadanya untuk menegur.
“Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” akhiri pelakon drama Luna Fantasiku dan Kamelia Katrina ini dalam nada kesal.
Miera Liyana THEN & NOW