Fahrin berkata dia tidak pernah memaksa isterinya sebaliknya berpesan bahawa menutup aurat adalah tanggungjawab wajib untuk wanita Islam.
Mengakui terkejut mendapat tahu isterinya membuat keputusan untuk berhijab, Fahrin turut mendoakan agar isterinya akan kekal istiqamah.
“Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama pakai tudung. Jauh di sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqamah,”
– Fahrin Ahmad
Fahrin mendirikan rumah tangga dengan Elena Hani Elas pada Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Khalifa Fahrel kini berusia lima tahun.