in , ,

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Lebih 40 hari menyepi, penyanyi rap Caprice mengejutkan ramai apabila dia selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya bernama Farra Inalis yang merupakan ibu tunggal anak satu.

Tiada angin tiada ribut, penyanyi rap sensasi, Caprice diberitakan sudah pun selamat bernikah dengan wanita misteri yang menjadi pilihan hatinya bernama Farra Inalis Hussni.

Berita Caprice bernikah ini mulai dihidu oleh netizen apabila ada seorang pengguna Instagram bernama Yasser Khan IG: @yasserpink telah berkongsi sekeping foto memaparkan Caprice serta pasangan mengenakan persalinan serba putih di atas pelamin sambil menyarungkan cincin.

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Malah, foto perkahwinan Caprice itu turut dikongsi oleh penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz.

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Pengurus Caprice Mengesahkan Berita

Sementara itu, pengurus Caprice yang dikenali sebagai Aiman Munier ketika dihubungi oleh media juga tidak dapat mengesahkan mengenai berita berkenaan.

Menurutnya, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir. 

“Saya pun dapat info agak lambat, tak berani nak sahkan betul atau tidak. Tapi kalau orang dah kongsi gambar kahwin dia, maksudnya betul la tu.

Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir. 

“Lagipun saya juga tidak berada di tempat kejadian sebab sedang bercuti,”

– Aiman Munier
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Pengurus Caprice Yakin Elis Mampu Jadi Isteri Yang Baik

Aiman memilih untuk tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai identiti wanita tersebut cuma jelasnya, dia merupakan seorang yang baik.

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

“Saya kenal pasangan Caprice tu, dia baik orangnya. Apa yang saya tahu mereka dah berkenalan hampir setahun. Azira adalah kenalan rapat Caprice, maksudnya betul la kalau dia repost,”

– Aiman
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Siapa Farra Inalis, Isteri Caprice?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah Farra Inalis, isteri Caprice ni. Tiba-tiba nama ini disebut-sebut oleh netizen dan sekejap je dapat kenal pasti akaun Instagram Farra Inalis ni iaitu @farra_inalis.

Dari apa yang dikhabarkan, Fara yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, tapi Fara menetap di Kuala Lumpur, masih muda jelita, berusia 26 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal dan ada seorang anak perempuan berusia sekitar tujuh tahun yang digelar dengan panggilan Shushu oleh Caprice. 

Untuk pengetahuan, Elis sudah enam tahun bergelar ibu tunggal dan anak perempuannya berumur tujuh tahun. Dia seorang usahawan wanita berjaya dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Menurut kata pengurus Caprice, Farra Inalis ini merupakan seorang Instafamous tetapi dalam hal yang berkaitan dengan perniagaan bukan Instafamous dalam industri kita.

“Saya kenal isterinya dan dia baik orangnya. Dia berasal daripada Kota Bharu, Kelantan. Cara mereka berkenalan itu mungkin secara tidak langsung.

“Isterinya itu merupakan seorang Instafamous tetapi dalam hal yang berkaitan dengan perniagaan bukan Instafamous dalam industri kita,”

– Aiman Munier
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Sementara itu, menerusi satu entri di Instagram, Caprice mengesahkan selamat bergelar suami Farra serta memaklumkan akan berkongsi cerita lebih lanjut dalam masa terdekat.

Dalam pada itu menerusi hantaran terkini di akaun Instagram, Caprice baru sahaja mengesahkan berita perkahwinannya.

Hantaran tersebut merupakan video pendek yang merakamkan momen manis bersama isterinya.

Selain itu, Caprice juga memaklumkan akan berkongsi kisah lanjut mengenai hal perkahwinannya.

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

“Maaf saya telah tiada lebih dari 40 hari sekarang. Macam-macam yang saya lalui. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kongsikan apa yang berlaku.

“Sila ikuti @signbycap untuk semua posting saya selepas ini kerana saya tidak dibenarkan untuk menggunakan ‘Caprice’ dan IG ini buat beberapa ketika.

“Saya buat posting secara umum ini untuk blogs / wartawan / berita yang cuba menghubungi saya dari tadi.

“Maafkan saya atas segala kesulitan. InsyaAllah saya akan kongsikan kisah lanjut di @signbycap dan kembali dengan lebih baik,”

– Caprice
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Difahamkan, Caprice dan Farra hanya mengambil masa tidak sampai setahun untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Caprice Nak Ajar Anak Tiri Cakap Bahasa Inggeris, Perancis

Menerusi satu perkongsian terbaru pagi tadi, Caprice turut memuat naik gambar isteri serta anak tirinya buat tatapan para peminat.

Bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa, Caprice berkata dia akan mengajar anak tirinya, Aleesya Sofea itu berbahasa Inggeris dan Perancis.

“Selamat pagi, gang dah kahwin komen di bawah. Saya akan ajar dia (anak tiri) bahasa Inggeris dan Perancis. Shushu,” tulisnya.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan rumah tangga penyanyi itu kekal bahagia.

Tahniah buat Caprice dan pasangan! Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke Jannah.

Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni
Caprice Selamat Bernikah dengan Ibu Tunggal Bernama Farra Inalis Hussni

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Disney Umum Tarikh Pelepasan Filem Live-Action PINOCCHIO Lakonan Tom Hanks

HOMEVEST

HOMEVEST Tersenarai di Malaysia Book of Records Sebagai Syarikat Hartanah Pertama Menawarkan Program (H.O.P.E) di Malaysia