Instagram sejak kebelakangan ini semakin fokus ke dalam segmen video, bersaing sengit dengan TikTok. Dua orang boleh berkolaborasi bersama, video dimuat naik terus dari desktop mudah untuk pencipta kandungan lebih pro, dan menggabungkan dua platform video mereka menjadi Instagram Video.
Tidak lupa juga yang Instagram turut dilaporkan sedang bereksperimen dengan ciri IG Stories berbayar. Di mana hanya pengguna yang melanggan ke seseorang pencipta sahaja dapat lihat IG Stories mereka. Terkini, mereka dilihat sudah bersedia dengan memperkenalkan pelan langganan tersendiri.
Pada deskripsi aplikasi Instagram di App Store, kemaskini terkini mula memaparkan Pembelian In-App dengan senarai Instagram Badge pada harga RM3.90-RM19.90 atau Instagram Subscription (1 Bulan) yang berharga RM4.90. Walau bagaimanapun, tiada butiran mengenai pelan langganan ini disertakan.
Ia kemungkinan besar adalah untuk pengguna langgan kepada pencipta kandungan tertentu, konsep melanggan saluran pada platform penstriman video. Jadi apajua kandugan, hanya mereka yang berbayar sahaja dapat lihat. Atau boleh jadi, ia adalah langganan untuk alatan suntingan tambahan yang lebih pro?
Sama-sama kita nantikan Instagram umum lebih lanjut mengenai hal ini.
Sumber: Amanz