Dan, yang paling terkesan sudah pasti ialah suaminya, Shuib Sepahtu. Menurut Shuib, masih susah untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ayah tunggal.
Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya.
– Shuib
Shuib bersyukur kerana emosi anak-anaknya masih berada dalam keadaan terkawal buat masa ini.
Biasa berkongsi bersama, kehilangan wanita itu nyata memberikan kesan buat Shuib. Bahkan seperti seluruh dunianya pergi bersama.
Kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa.
– Shuib
Kongsi Shuib lagi, dia akan menziarahi pusara Siti Sarah pada setiap Isnin dan Jumaat bagi meluahkan perasaannya. Masih lagi berehat, lelaki itu juga masih belum memasuki pejabat selain sudah dua bulan tidak bekerja.
Shuib turut mendedahkan bahawa dia sering berjumpa dengan doktor peribadi yang menjaga isterinya dahulu pada saban minggu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.
Dalam pada itu, pelawak berkenaan turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang baik dan selalu membantu menjaga anak-anaknya.
Sama-sama kita doakan semoga Shuib terus kuat mengharungi kehidupan sebagai bapa tunggal.