Tahun 2021 sudahpun sampai ke penghujung dan MILO® UHT ingin menamatkannya dengan nota positif. Oleh itu, MILO® UHT ingin menawarkan para penggunanya peluang untuk memenangi ganjaran tunai dalam bentuk akaun simpanan melalui peraduan terbaharunya, “Lengkap & Menangâ€. Peraduan yang kini berlangsung di seluruh negara mulai 25 Oktober 2021 hingga 19 Disember 2021 ini menawarkan hadiah mingguan berupa satu hadiah utama wang tunai bernilai RM10,000 dan 20 hadiah sagu hati sebanyak RM300. Hadiah wang tunai tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan Maybank/Maybank Islamic.
Peraduan ini turut menawarkan pelbagai hadiah menarik lain dalam bentuk peranti elektronik, antaranya komputer riba Dell Inspiron 15 3000, tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite LTE dan telefon pintar Samsung Galaxy A32. Kesemua hadiah ini dipilih khas dengan niat untuk meringankan bebanan keluarga termasuklah bagi memudahkan anak-anak kecil menjalani kelas dalam talian serta ibu-bapa yang dikehendaki untuk terus bekerja dari rumah.
Peraduan “Lengkap & Menang†MILO® ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas yang memiliki dokumen pengenalan yang sah. Berikut adalah cara penyertaan:
Langkah 1: Beli mana-mana produk MILO® UHT (seperti MILO® UHT 125ml, 200ml, 1L dan MILO® UHT Nutri Pluz 200ml) dengan nilai minimum RM6 dalam satu resit tunggal asal daripada kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Langkah 2: Tulis nama penuh bersama nombor kad pengenalan peserta di muka depan resit dan sertakan jawapan yang betul untuk silang kata yang disediakan. Hantarkan sekeping gambar resit pembelian yang jelas ke nombor WhatsApp: 018 388 2393.
“Kami sedar bahawa ramai rakyat Malaysia telah dihimpit kesukaran sejak kebelakangan ini, terutamanya ibu-bapa yang harus mengimbangi antara keperluan diri mereka apabila bekerja dari rumah dan anak-anak mereka yang menjalani pembelajaran dalam talian. Bagi mengurangkan sedikit sebanyak tekanan mereka, MILO® UHT yang datangnya dalam pembungkusan sedia-untuk-diminum, dapat memudahkan ibu bapa bukan sahaja untuk menikmatinya di rumah tetapi juga untuk dibawa anak-anak mereka sebagai bekalan ke sekolah apabila persekolahan dimulakan semula.â€
“Pada masa sama, kami juga ingin memberi sokongan dan penghargaan terhadap para pengguna setia kami dengan menawarkan peluang untuk mereka meraih pelbagai hadiah hebat melalui peraduan “Lengkap & Menangâ€. Meskipun tidak seberapa, mudah-mudahan hadiah ini semua dapat membawa kegembiraan dan keselesaan kepada para pemenang dan keluarga masing-masing, sekaligus membantu meringankan bebanan kewangan yang mungkin mereka lalui sekarang. Ganjaran akaun simpanan, sebagai contoh, adalah satu cara yang baik untuk membantu mereka bangkit dan bina semula kehidupan setelah ditimpa kesusahan,†kata April Wong, Pegawai Ekesekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Untuk maklumat lanjut berhubung peraduan ini, sila layari www.milo.com.my
Tentang MILO®
MILO®, selaku minuman malt coklat utama di Malaysia, telah diperkenalkan pada 1950 dan selama ini dikenali kerana keunikkan rasanya yang disukai ramai. Padat dengan kebaikkan barli malt, susu dan koko dengan Activ-Go®; satu adunan unik antara vitamin dengan mineral, MILO® merupakan minuman paling popular di Malaysia yang telah memberi tenaga dan melahirkan satu demi satu generasi juara.
Tentang Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai lebih 270,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti. Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE†kepada semua.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.