Siaran langsung yang bermula dari 9.00 malam hingga 10.30 malam itu telah dimulakan dengan persembahan lagu ‘Tentang Kita’ daripada juara Lagu Cinta Kita Musim Kedua, Nadeera dan Khareez.
Pada episod pertama ini, lima pasangan duet diperkenalkan untuk mewarnai pentas Lagu Cinta Kita Musim Ketiga. Namun, Ain Edruce dan Kamal Adli selaku pengacara terpaksa mengumumkan hanya tiga pasangan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya, iaitu Kay & Ika (Terlukis Indah), Hariz & Wanie (Senja Nan Merah) dan Azumi & Nyna (Memori Berkasih). Manakala perjalanan Shaszdan & Xantia (Leave The Door Open) dan Dean & Amanda (Haram) terpaksa berhenti di situ.
Di pusingan awal, 20 peserta dipadankan kepada 10 pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan menyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian daripada juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu supaya pentas mereka dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Penilaian persembahan terletak sepenuhnya pada panel juri.
Lagu Cinta Kita Musim Ketiga diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit.
Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan menyaksikan siaran langsung pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam ini boleh terus strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Turut dikongsi adalah beberapa komen dari media sosial rasmi TV3 yang diterima.