Lagu AURA yang berentak ‘Rock’ ini adalah seratus peratus hasil sentuhannya sendiri dan beliau berharap ia mampu memberikan AURA baharu kepada karier nyanyiannya serta dapat memikat hati peminat-peminat muzik tanah air. Walaupun Hazman Al-idrus sibuk dengan karier lakonan, namun pembikinan lagu AURA ini dapat juga dicipta sepenuhnya oleh beliau dalam tempoh sebulan.
Hazman Al-idrus bernaung di bawah label dan pengurusan miliknya iaitu HAI PRODUCTION sebagai pengurusan rasmi yang menguruskan segala hal berkaitan karier lakonan dan nyanyian serta aktiviti seni beliau. AURA merupakan single pertama terbitan HAI PRODUCTION.
AURA memberi pengalaman baru buat Hazman dalam dunia muzik dan rakaman. Katanya,“ Pengalaman sangat mencabar sebab ini adalah karya sulung saya dan saya memang tiada pengalaman untuk menerbitkan lagu.
Banyak perkara baru yang saya belajar tentang pembikinan muzik, mulai dari menulis lirik lagu, mencipta melodi, masuk ke studio untuk rakaman, penyusunan muzik dan vokal sehinggalah proses penerbitan lagu ini. Bukan mudah, namun ia adalah proses pembelajaran bagi saya supaya lebih mahir dimasa akan datang.”
“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih dan bersyukur sebab mempunyai team yang faham dengan apa yang saya cuba sampaikan dan mereka cuba merealisasikan karya ini dengan bersungguh-sungguh. Saya memilih Encik Mattao sebagai Music Arranger & Programmer kerana beliau amat mudah untuk berbincang dan senang apabila berurusan. Saya juga amat sedih dengan permergian pemain bass untuk lagu Aura ini iaitu Bob Effendy yang telah meninggal dunia sebelum beliau dapat mendengarkan lagu ini dilancarkan secara rasmi,” tambahnya memanjatkan doa dan sekalungan terima kasih buat AURA ini.
Bercerita tentang ‘cahaya mata’ sulungnya ini, ada kisah di sebalik ilham dan inspirasi AURA. Menurut Hazman, “saya mendapat ilham lagu AURA ini tepat jam 12 tengah malam di tepi sungai rumah datuk saudara di Janda Baik. Aura disana pun lain macam jadi setelah mendapat ilham mencipta melodi serta lirik tu saya pun terus simpan gitar dan dengan rasa bersemangat saya dapat idea untuk namakan lagu ini dengan judul AURA.”
“Dengan “comeback” saya ke dunia nyanyian ini saya menjadikan AURA sebagai inspirasi bagi diri saya sendiri supaya dapat memberikan aura yang positif dalam kerjaya dan aktiviti seni serta kehidupan yang saya jalani,” jujurnya yang mengharapkan agar lagu ini dapat diterima masyarakat di samping memberikan aura positif buat semua.
Sebelum ini Hazman Al-idrus pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama di Indonesia pada tahun 2015. Walaupun beliau hanya Top 10 di program terbabit namun dari situlah bermula karier lakonannya apabila ditawarkan untuk membintangi beberapa buah telemovie di Indonesia sebagai watak utama antaranya Jodoh Ditangan Ilahi, Aku Hanya Butuh Maaf Anakku serta Cinta Dua Generasi. Hazman juga pernah tercalon untuk pencalonan awal Top 20 ABPBH 34 di kategori ARTIS BAHARU LELAKI POPULAR.
Beliau turut menerima tawaran lakonan dari produksi tanah air dan diberi kepercayaan sebagai hero untuk beberapa buah drama tempatan antaranya Wasiat Dari Jordan, Arjuna Cinta Keisha dan banyak lagi. Drama lakonan beliau yang terbaharu iaitu Kisah Cinta Kita terbitan A.Aida Production bakal ditayangkan di Slot Akasia TV3 pada pertengahan November ini.
Lagu AURA kini boleh dimuat turun di iTunes Store dan boleh didengari di semua platform digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Deezer dan lain-lain lagi. Muzik video lirik rasmi juga boleh ditonton di saluran Youtube Hazman Al-idrus.
JUDUL LAGU : AURA
PENYANYI : HAZMAN AL-IDRUS
KOMPOSER : HAZMAN AL-IDRUS
PENULIS LIRIK : HAZMAN AL-IDRUS
LABEL : HAI PRODUCTION
GENRE: ROCK
HAZMAN AL-IDRUS
LIRIK LAGU AURA
ISRC MYHI3 21 1 0001
UPC 9555990800495
KOMPOSER HAZMAN AL-IDRUS (OP : TAJA ARCHIVE SDN BHD) PENULIS LIRIK HAZMAN AL-IDRUS (OP : TAJA ARCHIVE SDN BHD) LABEL HAIPRODUCTION
MUSIC PRODUCER : HAZMAN AL-IDRUS / ENCIK MATTAO MUSIC ARRANGER : ENCIK MATTAO
MUSIC PROGRAMMER : ENCIK MATTAO
VOCAL PRODUCER : ENCIK MATTAO
MIX & MASTERING ENGINEER : JD WONG (STUDIO 21:05)
RECORDING ENGINEER : BOB EFFENDY (MY MUSIC LAB)
VOCAL & DRUM RECORDING SOUND ENGINEER : MELL AHMAD (SYMPHONY UNIVERSAL) MUSICIANS :-
VOCAL – HAZMAN AL-IDRUS
GUITAR – IJU
DRUM – HAZIQ RAMLI
BASS – BOB EFFENDY
PIANO / KEYBOARD – UDE WAHID
SETIAP KALI KU MERENUNG
TERHAKIS SEGALA SANGKA KHAYALKU
MENANGIS, GELISAH,
TIDAK AKU GENTAR
WALAU JAUH,
TIADA MAMPU PERDAYA HATI,
WALAU HILANG DIMATA, TAK AKAN KU TINGGAL
HARAPKU CUMA INGIN BAHAGIA
• — CHORUS —
AURAMU MELANGKAH TIADA PERSIS YANG LAIN BAGAI BINTANG, KEKAL BERCAHAYA
TETAP INDAH, HANYA DIRINYA TETAP SEMPURNA DIMATA..
AURAMU
MEMBERI UNGKAPAN HATI AKU MENJADI MANUSIA ABADI DENGANNYA
SELAMANYA
WALAU JAUH,
TIADA MAMPU PERDAYA HATI,
HARAPKU CUMA INGIN BAHAGIA
• — CHORUS —
AURAMU MELANGKAH TIADA PERSIS YANG LAIN BAGAI BINTANG,
KEKAL BERCAHAYA
TETAP INDAH,
HANYA DIRINYA TETAP SEMPURNA DIMATA