in , ,

Sinopsis Drama JANGAN PERNAH LUPAKAN AKU, Adaptasi Novel DONT FORGET TO REMEMBER

Kisah percintaan Ariana dan Jeremy yang mendapat tentangan hebat ibu Jeremy kerana perbezaan agama, bangsa serta adat apatah lagi ibunya sangat anti dengan wanita Asia. Namun kerana cinta yang tulus, mereka tetap bertemu dan bersatu akhirnya.

Sesuatu yang menarik pastinya pemilihan novel Bahasa Inggeris, “Don’t Forget To Remember” oleh Sonia Mael diadaptasi ke sebuah drama bersiri Melayu yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 6 November ini, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.  

Gandingan pelakon utama Julia Farhana Marin dan hero baharu, Bong Wei Jian dalam dipertemukan dalam drama bersiri 26 episod diberi tajuk “Jangan Pernah Lupakan Aku” ini. Ia turut dibantu oleh Idham Maulana dan Zera Hariz.

pelakon utama

Bermula dengan perkenalan watak Ariana dilahirkan di kampung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, Aishah. Bapanya meninggal ketika Ariana masih lagi di sekolah rendah. Sejak itu Ariana tinggal bersama dengan ibu dan ayahnya. 

Datuk Ariana, Tok Ishak yang juga dikenali dengan gelaran Tok Wan sangat mementingkan ilmu. Di samping mengajar mengaji, beliau juga mempunyai tanah sawah yang luas dan memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda kampung. Tok Ishak mempunyai impian untuk mendirikan Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris yang bagi memberi galakan kepada anak-anak kampung mahir dalam Bahasa Inggeris. Tambahan pula cucunya, Ariana sangat meminati Bahasa Inggeris. 

Selepas tamat SPM, Ariana telah mendapat tawaran sambung pengajian di sebuah Universiti swasta di Kuala Lumpur. Walaupun pada awalnya Aishah agak berat hati untuk melepaskannya keluar jauh dari negeri Kedah, tapi atas pujukan dan galakan Tok Wan akhirnya Ariana berjaya juga sambung dalam bidang Bahasa Inggeris. 

Di universiti, Ariana telah bertemu dan jatuh cinta dengan pemuda berlainan bangsa berasal dari Australia iaitu Jeremy Crawford. Jeremy berasal dari keluarga yang kaya raya. Hubungannya dengan Ari ditentang oleh ibunya yang akhirnya mengambil tindakan melalui pembohongan dan penipuan yang licik, yang menyebabkan Ari membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

jangan pernah lupakan aku di TV2

Pasangan kekasih ini berpisah begitu lama, namun cinta mereka tidak padam, sehinggalah sahabat karib mereka iaitu Ned pemuda yang berasal dari Uzbekistan yang juga pernah menaruh hati terhadap Ari dulu tetapi terpaksa mengorbankan cintanya sendiri akhirnya membantu mempertemukan mereka kembali.

Pertemuan pertama kali antara kedua kekasih ini amat mengharukan. Jeremy diterima dengan mesra oleh keluarga Ari. Setelah Jeremy dengan rela hati memeluk agama Islam, mereka diijabkabulkan mengikut adat tempatan.

Apabila suaminya membawa Ariana berjumpa, ibu Jeremy. Mrs. Crawford masih mencuba berbagai-bagai cara untuk memisahkan mereka berdua dan tidak menerima Ariana sebagai menantu. 

Namun akhirnya Ariana mengetahui punca sebenar kenapa Mrs. Crawford sangat membencinya. Ini adalah kerana Mrs. Crawford pernah menyimpan rasa dendam dan benci terhadap wanita Asia disebabkan mendiang suaminya dulu pernah menjalinkan hubungan dengan wanita Asia sehingga mengabaikan rumahtangga dan anak-anak mereka. 

Drama Jangan Pernah Lupakan Aku lakonan Julia Farhana Marin dan hero baharu, Bong Wei Jian.

Kesudahannya Mrs.Crawford akhirnya terbuka hati menerima Ariana setelah melihat kesabaran sikap Ariana menghadapi kerenahnya. Ariana juga tidak pernah memutuskan hubungan Jeremy dengan ibunya walaupun Jeremy sangat geram dan tertekan dengan ibunya yang dirasakan melampau. Adakah kesudahan yang baik berpanjangan dalam kehidupan mereka? Ikuti kesudahannya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

REV Media Group Buka Peluang Bakat Baharu Sertai Pasukan Teknologi

Hazman Al-Idrus

Hazman Al-Idrus Buat Comeback, Lancar Single Berjudul AURA