in , ,

Dadi Cinema Akan Dibuka di Pavilion Kuala Lumpur & DA MEN USJ

Rangkaian pawagam kedua terbesar di China lebarkan sayapnya ke Malaysia!

Wahai semua pencinta wayang di Malaysia! Sudah bersediakah anda untuk merasai pengalaman menonton filem luar biasa yang julung kalinya didapati di negara ini? Pastikan anda berkunjung ke pawagam Dadi Cinema (disebut sebagai DAA-DEE) yang akan dibuka tidak lama lagi.

Rangkaian pawagam terkemuka China ini bakal beroperasi mulai 1 November 2021 dengan pembukaan dua cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ.

DADI CINEMA

Kedua-dua lokasi tersebut menampilkan konsep dalaman yang unik: Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi pawagam pertama di Malaysia yang memperkenalkan “konsep menonton wayang di bawah bintang” melalui Star-Max Hall di mana seluruh dewan pawagamnya dihiasi dengan tema galaksi dan bintang gemerlapan.

Projektor laser canggih juga digunakan untuk memaparkan grafik pawagam yang lebih terang dan jelas sementara sistem bunyi Dolby Atmos pula menawarkan pengalaman audio keliling yang menakjubkan. Pawagam di Da Men USJ pula direkabentuk berlandaskan konsep terbuka “Street Scheme” (“Skema Jalanan”) yang dihiasi dengan gambar rajah seni bina and tanda isyarat lalu lintas, sekaligus menghadirkan rasa girang buat penonton wayang meskipun sebelum tayangan bermula. 

DADI CINEMA

Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur juga menyediakan pengalaman VIP dengan layanan Star+ Hall premium yang datangnya dengan tempat duduk recliner, pad pengecasan wayarles, butang panggilan servis, dan akses ke ruang istirehat peribadi yang menawarkan makanan dan minuman ringan terpilih tanpa had untuk dinikmati sebelum tayangan bermula.

Anak-anak kecil juga pasti terhibur di Dadi Cinema dengan adanya Lil Star Hall yang mesra keluarga. Dewan ini dilengkapi dengan tempat duduk comel yang direka khas untuk kanak-kanak serta taman permainan Lil Star Playland untuk anak-anak anda bermain sementara menanti tayangan bermula. Kedua-dua kemudahan ini boleh didapati di kedua-dua cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ. 

DADI CINEMA

Selain menonton filem blokbuster terkini. pengunjung pawagam juga berkesempatan untuk membeli belah di bahagian cenderahati Dadi Cinema. Mereka juga boleh mendaftar atas talian untuk kad keahlian Dadi Cinema iaitu U+, yang membolehkan mereka menikmati diskaun dan tawaran istimewa di kesemua cawangan Dadi Cinema.

“Rakyat Malaysia sememangnya gemar berkunjung ke pawagam, jadi kami ingin menambah lagi kepuasan mereka dengan memberikan mereka pengalaman yang sukar dilupakan di Dadi Cinema.

Kami teruja untuk menjejakkan kaki ke pasaran pawagam Malaysia dengan membawa masuk keistimewaan yang luar biasa untuk dinikmati pengunjung pawagam di sini. Kelak, aktiviti menonton filem di Dadi Cinema bukan lagi sekadar duduk dan menatap skrin sambil menikmati popcorn.

Kami menjanjikan  pengalaman yang amat menyeluruh dari saat anda membeli tiket sehinggalah penghujung tayangan. Setiap detik yang dialami di Dadi Cinema adalah bermakna untuk sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Kami tidak sabar untuk menonjolkan keistimewaan Dadi Cinema kepada semua rakyat Malaysia dan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kesemua pawagam baharu kami,”

– Jessica Chong, Pengurus Kanan Pemasaran Dadi Cinema.

Dadi Cinema adalah sebahagian daripada Dadi Cinema Group. Ia merupakan rangkaian pawagam kedua terbesar di China dengan 2,936 skrin dalam 496 pawagam meliputi 191 bandaraya di seluruh negara itu*.

Ini merupakan julung kalinya syarikat ini mengembangkan perniagaannya ke Malaysia dan dua lagi lokasi baharu iaitu Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights yang telahpun dikenalpasti untuk pembukaan pada masa akan datang.

Tiket boleh diperoleh melalui atas talian, aplikasi Dadi Cinema (Huawei App Gallery & Apple Store), atau di kaunter konsesi di pawagam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dadi Cinema, sila layari www.facebook.com/dadicinema/ atau www.dadi.my.

#DadiCinema

DADI CINEMA
DADI CINEMA
DADI CINEMA
DADI CINEMA
DADI CINEMA
DADI CINEMA
DADI CINEMA

Mengenai Dadi Cinema Group

Dadi Cinema Group adalah anak syarikat kepada Dadi Media yang ditubuhkan pada tahun 2000. Teras perniagaan Dadi Media pada asalnya adalah perfileman, namun kemajuan yang dinikmati syarikat telah menyaksikan perkembangannya sebagai sebuah platform perniagaan hiburan kebudayaan bersepadu, sejak awal penubuhannya selaku Dadi Records pada tahun 90-an. Syarikat itu mendapat namanya daripada lagu terkenal yang dinyanyikan kumpulan muzik Canto-pop terkemuka Hong Kong, Beyond iaitu “Da Di”(大地). Dalam tempoh 20 tahun, Dadi Media telah berkembang menjadi platform rangkaian industri bersepadu penuh yang terdiri daripada Dadi Film (penerbitan dan pelaburan filem), Dadi Movie (pengedaran filem, francais dan pengurusan pawagam), Dadi Cinema Group (operasi dan pelaburan pawagam), Wow Dadi (pembangunan animasi dan operasi IP), dan ShiDai (pengiklanan pawagam).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemain Bass Malaysia Melancarkan Album Instrumental ‘SOLO BASS’

The Sil & Erika

‘YANG ENAK’ dari The Sil & Erika Dilancarkan, Kerjasama Indonesia & Malaysia