Selepas terlibat dengan kontroversi isu ‘rogol’ yang melibatkan aktres Raja Farah, kali ini Shuk Sahar terlibat dengan kontoversi kononnya Shuk “bergurau” dengan seorang wanita yang menjadi tetamu jemputan ketika menghadiri konti radio terkenal tempatan pada tahun 2020.
“Salam maaf ye ada terbaca Twitter awak kata saya pernah flirt double meaning dengan awak bila tu ye sebab setahu saya sepanjang saya di radio saya tak pernah interview awak.
Camnilah kalau saya rasa benda ni fitnah atas saya…Saya akan guna cara legal ye.’
Awak tunggu jelah surat saman dari saya.
Sebab memang saya langsung tak kenal awak.”
– Shuk Sahar
Menerusi laman Twitter, wanita yang dikenali sebagai Ayu Aziz telah memuatnaik perbualannya bersama Shuk Sahar melalui DM (Direct Message). Shuk turut menafikan dakwaan netizen tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang.