Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.
Pada Julai yang lalu, Elly juga pernah menarik perhatian orang ramai apabila memuat naik sebuah hantaran di Instagram mengenai jantina anaknya nanti.
Perkongsian itu menunjukkan dua buah katil iaitu bewarna merah jambu dan biru sehingga netizen membuat andaian bahawa jantina anaknya adalah lelaki.
Elly Mazlein Selamat Lahirkan Anak Kedua
Terbaharu, selebriti berusia 40 tahun itu telah mengumumkan berita gembira mengenai kelahiran anak keduanya di sebuah pusat perubatan swasta hari ini.
Perkhabaran gembira itu dikongsikannya di laman Instagram memaparkan kehadiran seorang bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada pukul 12.23 pagi tadi.
Menerusi hantarannya itu, bayi lelaki tersebut telah diberikan nama Haider Mateen Mohamad Azlan sekaligus menambah ahli baharu dalam keluarganya.
Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.
Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah.
– Elly Mazlein
Bersyukur Proses Kelahiran Berjalan Lancar
Menurutnya lagi, pengacara program Lagu Cinta Kita turut menzahirkan rasa syukur selepas proses kelahiran Haider berjalan lancar dan dipermudahkan.
Selain itu, dia juga turut mengucapkan terima kasih kepada petugas dan doktor yang merawatnya selama ini serta pengikutnya yang tidak henti menitipkan doa.
Sekadar info, Elly ataupun dikenali sebagai kak lina pom pom pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak bertahan lama selepas mereka berpisah setahun yang lepas. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.