in , , ,

Ayu Raudhah Dalam Drama KELAB EMANSIPASI

Konflik Apabila Wanita Berdendam Dengan Lelaki Temui Penonton Tv2

Perkataan dominan yang membawa maksud gah, besar, hebat, berkuasa dan menguasai seringkali dikaitkan dengan kaum lelaki. Ia sekaligus meletakkan wanita sebagai kaum yang perlu mengalah dan diletakkan di bawah penguasaan mereka.

Hakikatnya situasi ini tidak sepatut berlaku. Wanita hari ini dilihat mampu berdiri sama tinggi malah duduk sama rendah dengan lelaki. Cuma ada sesetangah perkara yang kaum wanita sebenarnya tidak boleh menidakkan kuasa kaum lelaki. Begitu juga dengan golongan lelaki yang sepatutnya menghormati golongan kaum hawa yang sememangnya perlukan perlindungan mereka.

KELAB EMANSIPASI

Sikap toleransi penting dalam memupuk hubungan yang baik antara keduanya. Namun dapatkah anda bayangkan bila hilangnya kepercayaan wanita terhadap lelaki? Lalu dengan perasaan tidak puas hati dengan bermacam perkara yang membuku di hati, mereka menubuhkan sebuah kelab yang mahu menentang kaum lelaki dengan lantangnya.

KELAB EMANSIPASI1

Kisah ini dipaparkan menerusi drama lakonan Ayu Raudhah, pelakon cantik kecil molek yang baru mendirikan rumahtangga dengan pemain bola sepak terkenal Zaquan Adha pada Januari lalu, bertajuk Kelab Emansipasi lakonan pada 11 Mac 2011, jam 1.30 petang di TV2.

Turut dibintangi oleh Shahrol Nizam, Alissa Chong Abdullah, Norseha, Joey Tan Eng Li dan Danny X-Factor, drama yang turut diselitkan dengan babak-babak mencuit hati ini mengisahkan watak pemuda bernama Zafran telah memutuskan pertunangan dengan Effa.

Begitu pun tindakan Zafran tidak boleh diterima Effa yang sepenuh hati mencintainya. Apatahlagi Zafran tidak berterus-terang punca sebenar dia mahu memutuskan ikatan pertunangan yang terjalin antara mereka.

KELAB EMANSIPASI2

Kecewa ditinggalkan, Effa disogok oleh kakaknya, Erma untuk menyertai Kelab Emansipasi yang dipengerusikan oleh Puan Wilma. Erma sebagai kakak mahu melihat adik kesayangan itu berubah kembali seperti sebelumnya yang ceria dengan semua orang. Dia rindukan sikap adiknya yang dahulu.

Pujukan Erma berjaya mempengaruhi Effa untuk menyertai kelab yang dijaja oleh Puan Wilma sebagai kelab untuk membangunkan jatidiri wanita agar tidak dikecewakan, dianggap lemah dan tidak mampu berjuang, disamping mahu membuktikan bahawa wanita juga berkuasa merubah dunia.

Gagasan dan idealogi yang diperjuangkan oleh Wilma tidak dipersetujui oleh Effa. Namun segalanya dipendamkan dalam hati sahaja sehingga akhirnya Effa menentang tindakan Wilma dan menganggap lelaki dan wanita tidak harus membenci tetapi harus berdiri seiring bagi membentuk sebuah perhubungan yang suci berlandaskan kasih sayang.

Begitu pun tidak mudah bagi Effa untuk mempengaruhi Wilma supaya kembali memberi kepercayaan kepada kaum lelaki. Apakah kisah yang tersembunyi di sebalik kebencian Wilma terhadap lelaki? Saksikan kesudahan drama menarik mengisi slot Pilihan Jumaat ini hanya di TV2.

KELAB EMANSIPASI3
KELAB EMANSIPASI4
KELAB EMANSIPASI5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem RATATOUILLE Khas Cuti Sekolah Ini

Norish Karman & Sharifah Sofea dalam Menangguh Tangisan