Liyana Jasmay yang dahulunya aktif dalam bidang lakonan, sekarang sudah jarang dilihat di kaca televisyen dek kerana sudah menjadi pengarah buat syarikatnya, Mermaid Studios.
Liyana yang kini aktif dalam dunia di sebalik tabir sebagai pengarah kreatif tidak menamatkan zaman lakonannya begitu saja.
Menurut Berita Harian, Liyana kini lebih fokus dalam pembikinan supertele berjudul Cikgu VS Hantu terbitan syarikatnya, Mermaid Studios. Pelakon yang berumur 33 tahun ini berkata, pada tahun lalu dia telah terbabit dengan filem Baik Punya Ah Long bersama Datuk Afdlin Shauki.
Bagaimanapun, saya belum sempat mengambil tawaran lakonan memandangkan penggambaran banyak kali tertunda.
Sepatutnya, saya mungkin sudah ada masa untuk berlakon drama lain, tetapi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi banyak yang terpaksa dipinda.
Jadi, buat masa ini, saya mahu menyiapkan projek syarikat yang tertangguh dahulu
Tugasnya sebagai pengarah kreatif menjadi sebab utama terpaksa memilih tawaran lakonan buat masa ini.
Sesebuah penggambaran drama atau filem perlu mengikut jadual saya. Mungkin saya boleh terima tawaran untuk projek yang tidak memakan masa lama, mungkin antara lapan hingga 10 hari.
Namun, tiada masalah sekiranya berlakon dalam naskhah terbitan syarikat sendiri. Saya boleh atur masa mengikut kesesuaian. Jika bertanya sama ada saya menolak tawaran orang lain, ia bergantung pada keadaan.
Jika tawaran menyeronokkan, susah juga untuk saya menolaknya dan cuba atur masa. Kalau kawan minta tolong, saya pastinya akan cuba buat.
Teruja kembali ke lapangan
Liyana Jasmay begitu gembira dan teruja apabila dapat kembali ke lapangan untuk mengarahkan supertele bergenre komedi seram itu yang dilakonkan oleh Juliana Evans, Afdlin dan Khir Rahman. Ini adalah penggambaran pertamanya selepas beberapa bulan berehat atas pelaksanaan PKP 3.0.
Ini adalah penggambaran pertama selepas pelaksanaan PKP 3.0. Sebelum ini, saya ada merakamkan travelog pada April lalu dan ini juga adalah naskhah drama Mermaid Studios selepas beberapa bulan tidak beroperasi.
Saya merancang penggambaran supertele ini sebelum PKP 3.0, di mana skrip sudah siap sejak tahun lalu. Jadi, penggambarannya sepatutnya dimulakan selepas Aidilfitri lalu, tetapi situasi penularan COVID-19 teruk dan penggambaran tidak dibenarkan.
Liyana menerangkan bahawa semua pelakon dibawahnya sudah menerima vaksinasi lengkap dan dia menghormati pendirian artis yang tidak mahu mengambil vaksin.
Liyana bagaimanapun hanya memilih pelakon yang lengkap vaksin untuk bekerja dengannya dan meminta mereka diluar sana mengambil vaksin untuk mengelakkan risiko terhadap diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling.
Kredit: Berita Harian