HUJAN – INSPEKTOR REMOS
“Inspektor Remos” adalah single terbaru Hujan yang ditulis dan dihasilkan oleh Noh Salleh. Seperti kebanyakan lagu-lagu sebelum ini, Hujan tampil lagi dengan karya mereka yang unik berkonsepkan muzik ‘rock’. Berkat kesungguhan dan keghairahan mereka, “Inspektor Remos” tampil dengan identiti yang tersendiri.
Dengan gubahan yang menarik, “Inspektor Remos” hanya mengandungi dua bahagian verse, manakala bahagian korusnya pula adalah sebaris ayat yang berulang. Menyentuh aspek muzikalnya, lagu ini dipersembahkan dalam mood sajak yang diiringi dengan muzik pada latarnya. Hanya bahagian korus sahaja yang dinyanyikan, menjadikan lagu ini unik jika dibandingankan dengan kebanyakan lagu-lagu yang terdapat di pasaran kini.
“Inspektor Remos” mengandungi mesej berat yang menyentuh perihal duniawi masa kini. Lagu ini turut menyelitkan unsur sinis di mana seseorang itu berlawan menentang refleksi dirinya sendiri. Dengan mesej mendalam ini, “Inspektor Remos” membuktikan Hujan kini lebih matang dalam berkarya.
Bagi penggemar muzik ‘rock’, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu “Inspektor Remos” sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*192715# dan tekan call/send, atau anda boleh layari laman http://www.musicunlimited.com.my, manakala bagi Celcom Call Me Tones, taip *118*99768# dan dan tekan call/send ataupun dengan melayari http://www.channelx.com.my. Bagi Digi Caller Tunes, anda boleh dapatkan lagu ini dengan menaip CT
LIRIK INSPEKTOR REMOS
Muda memberontak etika yang kononnya akan dipegang sampai ke hari tuanya
Jari jemari contoh lidah tidak bertulang yang berkuasa
Sains dan agama tidak sehaluan menjadi puak-puak yang lemah
Hanya ditemani komputer untuk menulis blog mencampak batu menyorok tangannya
Bangkit kau jadi Pak Pandir menjadi Pak Pandir berlari mencari kuncunya
Digital kini semuanya digital-digital belaka
Dari syurga ke neraka dimuat turun ke dalam komputer ribanya
Cinta songsang diterbalik dunia mata keranjang laki-laki dan wanita
Pembangkang mahu publisiti murahan memfitnah cuma senjata ringannya