ARISHA: Penari Ika Fancy Ke Pentas Teater Patung Kertas

Anak kelahiran Pahang serta penari dari Ika Fancy Grup merasakan cukup teruja apabila kali pertama dipanggil berlakon dalam teater arahan Lokman Ghani; Patung Kertas. Walaupun dia pernah menjelajah ke beberapa buah negara untuk membuat persembahan bersama-sama dengan anggota kumpulannya, namun, kepuasan untuk membintangi teater adalah berlainan. Jika sebelum ini dia pernah menjadi juru solek beberapa produksi drama tempatan dan hanya menonton sesuatu babak tetapi, kali ini dia akan memberikan sepenuh komitmen untuk karier lakonannya dalam teater Patung Kertas.

arisha

Saudara Lokman Ghani telah menawarkan Arisha watak di dalam Teater Muzikal Patung Kertas yang akan dipentaskan di MATIC bermula 23 April ini. Bila ditanya apakah perasaannya berlakon dengan pengarah teater terkenal, dia menjawab

“Saya cukup gembira, kerana ada pengarah yang sudi menawarkan watak kepada saya. Jika semua pengarah memberi peluang kepada orang seperti kami, mereka pasti tidak akan menyesal, kerana kami akan memberikan yang terbaik.”

Arisha juga diminta mengulas mengenai perspektif masyarakat kepada golongan ‘lembut’ yang selalu dikelaskan sebagai masyarakat kelas ketiga, dia menambah,

“Memang tidak dinafikan, masih ada masyarakat yang memandang keji kepada kami, tetapi sebenarnya, kami juga makhluk tuhan yang memerlukan ruang untuk hidup di bumi ini. Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana walaupun begitu, ada juga golongan masyarakat yang sudi memahami dan memberikan peluang kepada kami.”

Selain itu, Arisha amat berharap, dengan pementasan teater Patung Kertas di MATIC ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat, mengenai kehidupan mereka yang sebenarnya. Adakah memang benar kehidupan mereka sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat dan adakah memang mereka memang diminta lahir sebegitu. Semuanya akan terjawab dalam teater Patung Kertas, bermula pada 23 April 2008, di MATIC, Jalan Ampang.

Jom beli tiket sekarang!

[tags]show, mak nyah, aksi rempit, arisha, pentas, klpac, tickets, lembut, minah rempit, sabul, rumah tumpangan, guamusic.com, matic, ika fancy club, bangkok boy, male, transexual, kidney surgery, sufiah, pelacuran, chow kit, bt bintang, starhill, melodrama[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Korea Oh Su Jung Vs Karl @ 8TV

Evolusi Irama Ghazal Kontemporari Dari Ghazala