Pembukaan ini adalah cawangan ke-16 yang dibuka pada tahun 2021 dengan 16 lagi buah cawangan tambahan yang akan dibuka pada akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Coolblog, Sueli Lew, berkata, “Coolblog komited untuk menyediakan minuman pencuci mulut yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan di kawasan berdekatan anda.
Penampilan dan nuansa baru yang ditampilkan adalah sebahagian daripada inisiatif penyegaran jenama Coolblog untuk meningkatkan keterlihatan jenama, cawangan Ampang Point direka secara ergonomik untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan, menjadikan setiap kunjungan ke Coolblog adalah pengalaman yang menyeronokkan.”
Majlis perasmian di Ampang Point telah disempurnakan oleh Y.A.M. Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Pengerusi, Coolblog Dessert Sdn. Bhd semalam. Turut hadir ialah Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi, Persatuan Francais Malaysia (MFA), Dato’ Zahriah Abdul Kadir, Naib Pengerusi, MFA dan Encik Ahmad Faizal Mohamed Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, MFA.
“Sebagai syarikat tempatan, kami amat berbangga melihat betapa setianya pelanggan kami terhadap jenama dan produk kami. Walaupun menghadapi cabaran disebabkan pandemik, Coolblog tetap utuh bertahan kerana dedikasi pelanggan kami, komitmen warga kerja kami serta sokongan yang berterusan dari francaisi kami, yang kebanyakannya telah bersama kami selama lebih dari 8 tahun.”
– Tunku Ali
“Selain itu, Coolblog, sebuah jenama francais pemenang pelbagai anugerah dengan program francais yang berpatutan, komited untuk membantu bakal usahawan dalam merealisasikan impian mereka memulakan perniagaan sendiri dengan menjadi francaisi Coolblog. Beberapa francaisi telah bersama Coolblog selama beberapa tahun dan memiliki rangkaian cawangan Coolblog.”
– Sueli Lew
Sebagai sebuah jenama minuman pencuci mulut halal tempatan selama 15 tahun, Coolblog terus memberi tumpuan kepada produk dan pengalaman pelanggan, dan memastikan bahawa setiap cawangan beroperasi dengan selamat dengan pematuhan SOP yang ketat, dan tetap dapat diakses melalui penghantaran e-panggilan agar tetap dalam jangkauan semua pelanggan.
Coolblog terkenal berinovasi menghasilkan minuman dengan inspirasi tempatan dan antarabangsa untuk para pelanggan. Sebagai contoh, kolaborasi bersama FarmFresh untuk minuman kathira dan smoothie susu kurma pada bulan Ramadan yang lalu, serta smoothie perisa durian dan cendol sempena Hari Malaysia. Menjelang bulan november ini, Coolblog akan melancarkan smoothie buah-buahan bertenaga tinggi pertama bersama Red Bull.
Untuk meraikan pembukaan di Ampang Point dan cawangan lain yang akan datang, pelanggan berpeluang memenangi hadiah dari cabutan bertuah “Prize Spinner” pada hari pembukaan. Hadiah yang bakal dimenangi termasuk baucar Coolblog, minuman percuma dan barangan menarik. Untuk tarikh dan maklumat pembukaan cawangan yang akan datang, sila kunjungi platform media sosial Coolblog @CoolblogMalaysia di laman Facebook dan Instagram.
Mengenai Coolblog Desserts Sdn Bhd
Coolblog adalah jenama minuman pencuci mulut halal berasaskan kios buatan tempatan di Malaysia yang menyajikan minuman terbaik, berkualiti tinggi dan berpatutan sejak 15 tahun yang lalu. Kami juga menawarkan sokongan bagi usahawan untuk memulakan dan mengendalikan francais Coolblog dan menjadi sebahagian daripada jenama perintis Malaysia yang disokong dengan kepakaran dan pengalaman bertahun-tahun dalam industri ini.
Coolblog dengan berbesar hati mengembangkan jenama dan memberi mendekatkan diri kepada pelanggan setia. Beberapa cawangan yang akan dibuka selepas Ampang Point adalah seperti berikut:
- Ampang Point
- Puncak Jalil
- Lotus’s Ara Damansara
- Tunas Manja Transit Point
- Hero Market Bandar Puteri Jaya
- Pasaraya Big Serdang
- BHP MRR2
- BHP Jalan Kepong
- Pasaraya Nirwana Tongkang Pechah
- Kompleks Perniagaan Gurun
- Puncak Jalil
- Lotus’s Ara Damansara
- Tunas Manja Transit Point
- Hero Market Bandar Puteri Jaya
- Pasaraya Big Serdang