April lalu, Nokia memperkenalkan dua telefon pintar – Nokia X10 dan Nokia X20. Tinggal beberapa bulan sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai, Nokia X20 akhirnya secara rasmi ditawarkan buat pasaran Malaysia.
Telefon yang dilengkapi skrin 6.67 inci beresolusi FHD+ ini menerima cip janaan Snapdragon 480. Ia turut dipadankan memori 8GB RAM serta storan dalaman 128GB tetapi menyokong kad MikroSD sehingga 512GB.
Dari segi kamera, ia menampilkan ZEISS Optics dan mempunyai kamera swafoto 32MP. Sementara 4 kamera belakang merangkumi 64MP utama, 5MP ultra lebar dan 2MP makro serta bantuan bokeh (depth).
Antara lainnya adalah Bluetooth 5.0, NFC, rangkaian 5G, bateri 4470mAh dengan pengecasan pantas 10W serta hadir dengan sokongan kemas kini sistem operasi sehingga 3 tahun.
Nokia X20 ini boleh di pra-tempah mulai hari ini sehingga 18 Oktober dengan tanda harga RM1599 menerusi kedai rasmi Nokia di Shopee.
Sumber: lowyat