Terbaru, menerusi Insta Story, Sera berkongsikan beberapa klip muzik pendek lagu Tapi Bukan Aku nyanyian Kerispatih dan Take A Bow mengisahkan mengenai kecurangan.
Tidak pasti perkongsian itu ditujukan kepada siapa namun Sera seolah memberi isyarat rumah tangganya masih berdepan kesulitan. Malah, hasil tinjauan mendapati Sera dilihat tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.
Terdahulu, Sera meluahkan rasa terkilan di atas apa yang berlaku kerana selama ini dia telah berusaha memperbaiki hubungan bersama suaminya.
Sera berkata dia mempunyai bukti kukuh dengan apa yang diluahkan sebelum ini. Katanya lagi, selama ini dia bersabar demi dua anaknya meskipun dikecam teruk oleh orang ramai kerana sering memaafkan suaminya.