in

TV3 Perkenal Al Hidayah Musim Baru

PRINSIP IMAN DAN TAQWA
Musim Baru Al-Hidayah Sebagai Landasan Mencapai Pendekatan Ilahi

Program keagamaan Al-Hidayah yang memasuki musim baru bermula hari ini (4 Mac 2011), setiap hari Jumaat jam 1.00 tengahari di TV3, berdasarkan Al Quran dan Hadith yang terpilih dengan cara membuka persoalan, kajian serta memberi penyelesaian kepada para penonton khususnya Muslimah mencapai kehidupan yang lebih sukses di dunia dan akhirat.

Program Al-Hidayah yang bersiaran selama 30minit masih menampilkan Nazrah Noor Rahmat sebagai pengacara dalam memainkan peranannya untuk berkongsi ilmu berkaitan ajaran Islam yang lebih menyentuh jiwa dan tertumpu kepada iman, taqwa dan kerohanian. Meskipun iman, taqwa dan kerohanian sering disebut, namun ianya tidak pernah diajar secara teori dan praktikal secara khusus. Al-Hidayah musim baru ini lebih khusus, sufi dan fokus menjadikan kupasan topik lebih mendalam sambil menyentuh hati.

nazrah (2)

Episod pertama pada 4 Mac 2010 menyiarkan isu ‘Hikmah Mussibah’ akan merungkai persoalan individu yang dilanda musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan berdasarkan ayat Al-Quran. Menampilkan ulama tersohor iaitu Dato Abu Hassan Al-Hafiz untuk merungkai takrif musibah, apa perlunya musibah, jenis-jenis musibah dan bagaimana menghadapi musibah.

Antara kelainan ketara musim baru ini juga akan memperlihatkan huraian topik yang dibantu dengan klip grafik dan paparan visual menarik dengan diselang-seli dengan lagu-lagu kerohanian dan nasyid. Dalam segmen kedua, ianya akan memperkenalkan tokoh keagamaan dalam memulakan kajian dan perbincangan. Selepas itu, respoden yang telah mengalami situasi sebenar akan ditampilkan untuk mendapatkan kesimpulan pada penghujung rancangan.

Antara isu lain yang mendapat perhatian ialah ‘Berkati Usia’ yang berdasarkan Surah al-A’raf ayat3 akan memperdengarkan ulasan daripada Ustaz Mohad Nizam Abdul Kadir bagaimana mengisi usia mengikut Islam kerana perkara utama dan pertama bagi umat Islam adalah untuk berlumba-lumba mengisi usia dan memenuhinya dengan amal ibadat dalam usaha mengumpulkan sebanyak mana pahala sepanjang usia yang diberi.

Seterusnya, episod 3 yang membawa isu ‘Melebur Takabbur’ berdasarkan Riwayat Abu Daud bersama Ustaz Roslan Mohamed. Takabbur sering menyerang individu yang mempunyai potensi yang terdiri daripada aspek kekayaan, keturunan, kerjaya, penganugerahan dan sebagainya. Ustaz Roslan Mohamed akan merungkai definisi Takabbur, tanda-tanda dan peringkat Takabbur yang terbahagi kepada hati, perbuatan dan ucapan.

Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, menyifatkan, “Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, program keagamaan Al-Hidayah yang difokuskan kepada golongan penonton wanita menerima sambutan yang menggalakkan. Al-Hidayah berperanan untuk mendidik penonton, menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai perkara utama dan pertama sebagai panduan membentuk keperibadian kerana Al-Quran dan Hadith merupakan mukjizat Rasullulah yang ditinggalkan sebagai panduan untuk umatnya. Kami berharap agar pembaharuan yang dilakukan dalam musim terbaru ini terus menjadi teman setia para muslimah dalam menjalani proses pembelajaran untuk kesejahteraan hidup,” ujarnya

Al-Hidayah 2011 diterajui oleh Ezzah Abdul Aziz Fawzy sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh Fauzana Ainuddin Radzuan dari Primeworks Studios. Khusus buat tontonan para Muslimah, jangan ketinggalan untuk mengikuti Nazrah Noor Rahmat bersama tokoh-tokoh keagamaan dalam “Al-Hidayah”, setiap hari Jumaat, jam 1.00 tengahari di TV3!

Nazrah (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Britney Spears Launches New Song Till The World Ends

Xavier Mah The Magical Land 27Th Birthday Party