Keluarga Datuk Mohd. Kazim Elias tidak menolak kemungkinan kesakitan bengkak kaki kiri yang dialami oleh pendakwah terkenal itu sejak dua minggu lalu akibat perbuatan sihir.
Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, Mohd. Kazim yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menderita bengkak kaki kiri sehingga menyukarkan pendakwah itu untuk berjalan seperti biasa.
Menurutnya, beliau tidak menolak kemungkinan sakit itu akibat perubatan sihir setelah pakar perubatan di hospital tidak dapat mengesan punca sebenar penyakit adiknya itu.
“Selain itu, beliau (Ustaz Kazim) ada menunjukkan beberapa penemuan barang meragukan seperti abu dan gambar beliau yang telah dibakar di dalam Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi di sini.
“Kami tidak menolak kemungkinan barang yang ditemui itu mempunyai unsur (mistik) berdasarkan sakit yang beliau alami,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.
Menurutnya, selain dari perubatan moden, mereka juga melakukan perubatan Islam untuk merawat penyakit Mohd. Kazim.
“Selepas menerima rawatan perubatan Islam, bengkak pada kakinya semakin pulih namun kini bahagian betis kirinya pula membengkak,” katanya.
Menurutnya, keadaan Mohd. Kazim masih lemah dan tidak boleh berjalan.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan Mohd. Kazim mengehadkan sesi ceramah dan kuliah agama namun sesi yang sama secara atas talian tetap diteruskan.
Menurutnya, beliau sedih dan kecewa kerana pada zaman moden ini masih ada orang tergamak melakukan perbuatan sedemikian.
Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang melakukannya supaya bertaubat.
“Kami tidak menyesaki sesiapa namun sekiranya ada mana-mana individu yang tidak berpuas hati, eloklah datang berbincang dengan cara baik, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan,” katanya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook pada Khamis, Ustaz Kazim menunjukkan gambar kotak berisi abu yang terdapat gambarnya yang telah dibakar, dijumpai di laluan tempatnya mengajar di Pusat Pendidikan al-Barakah di Manjoi.
Mohd. Kazim turut berkongsi keadaannya dirinya yang tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan terpaksa menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuk berjalan selain menggunakan kerusi roda.
KEADAAN Mohd. Kazim Elias yang dibantu ketika menggunakan kerusi roda untuk bergerak berikutan sakit kaki kiri yang beliau alami sejak dua minggu lalu.
6 Orang Yang Menyihir Saya.. Gambar Mereka Ditunjuk Satu-Satu.. Saya Tersedar Dari Tidur.. Masyaallah,” – Ustaz Kazim
” Setiap petang saya nampak wanita berjubah putih berkali-kali kata padan muka..padan muka dekat saya”
Itu kata-kata Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias beberapa tahun lalu, gara-gara s4kit hati kena tegur sikit saja mereka tergamak buat macam ni dekat ustaz sampai beliau jatuh s4kit. Nauzubillah
Malah ada manusia yang sanggup menjadi pembun0h dengan meminta pertolongan daripada j1n dan sya1tan bagi membalas dndam kepada manusia lain menggunakan cara halus begini.
Mereka yang ditimpa musibah jatuh s4kit disebabkan s1hir s4ntau pula, tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama pun kadangkala dijadikan mngsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa nfsu.
Berikut perkongsian oleh Ustaz Kazim berkaitan pengalamannya dis4ntau.
Tahun 1996:
Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya s4kit, badan tiba-tiba sahaja lemah, kepala pening.. saya mvntah.. masyaallah.. dar4h membvak keluar.
Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya terlalu lemah, dada seperti dihiiris-hiiris.
Setiap petang saya nampak lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum berkata “padan muka.. padan muka”.
Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak lembaga hitam besar berdiri dan kncing atas dia.. Masyaallah badan makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjrit saya kes4kitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat.
Di Batu Kurau dapatlah jawapannya.. saya dis4ntau, kuku semua dah hitam, badan susut mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, s4kitnya Tuhan sahaja yg tahu.
Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggI kerana s4kit tua. Sejak itu pntang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi.
Ini kali pertama saya dis4ntau. Perit, pdih dan s4kit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97
Tahun 1997:
Kes4kitan akibat dis4ntau berterusan dan mengganggu kerja dkwah saya.
Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang pnyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua ketentuan Allah.
Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama, memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan dibaca beberapa potongan ayat Al Quran.
Dia kata esok ambik 7 benda ni dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyiihir saya.. gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur.. Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7 perkara itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya terlantar, batuk berdar4h, hanya boleh minum susu sahaja.
Pagi saya mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya kata lapar.. nak nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.
Tahun 1998:
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya, orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kamilah yg menyiihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg tak berjemaah dimasjid, saya gram, saya menympah dgn kata-kata ustaz”
Saya jawab “Takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dalam hati”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
” Enam orang?” saya terkejut..
Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yang ditunjuk dalam mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul, mereka yang aniiaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan mereka.
Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada dendam dihati, Alhamdulillah.
Tahun 2001:
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak macam ada orang mengibasnya.
Itulah permulaan serangan ketiga pada saya dan kali ini paling truk, saya terlantar sebulan malah tak dapat mengingati orang di sekeliling saya.
S4kitnya sangat kuat sehingga mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan tradisional datang membantu.
Ini pesan Dato’ Ismail kamus
Saya ucapkan terima kasih kepada Dato’ Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kes4kitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini.. Mungkin tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan Allah mengampuni dosa kita.
Kes4kitan pada 2001 adalah pengalaman yang sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta berubatlah akan diri anta sendiri..”
Temui b4ngkai anjing dalam rumah
Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui b4ngkai anjing ditanam dalam halaman rumah…
Apa jenis manusia ini… Apa salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini antaranya… Saya belajar perubatan Islam..
Kedua, saya dapat tahu mana kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih kawan dan sahabat yang tolong saya.- Ustaz Kazim Elias
Demikian kisah Ustaz Kazim Elias yang dikongsikan semula sebagai memberi pengajaran kepada orang ramai.
Mungkin ramai yang terbaca kisah terbaru Ustaz Kazim yang difahamkan kembali sak1t gara-gara sih1r. Semoga Ustaz Kazim diberi kesembuhan dan ketabahan menghadapi ujian ini.