Sesuatu aktiviti tidak semestinya memerlukan ramai orang. Jika bersendirian pun, kalau kita bijak mengatur masa lapang, kita akan bebas daripada rasa keseorangan itu. Sebab itu, walaupun ada yang menonton program ini berseorangan, anda semua pastinya dapat menambah ilmu pengetahuan dalam gaya hidup, fesyen dan kesihatan.
Bersama dengan hos Cik Manggis dan selebriti jemputan, rakyat Malaysia yang akan berkongsi tentang hobi, fesyen dan amalan kesihatan dalam program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) diberi tajuk “Hello Trend”.
Kita tahu, yang fizikal yang baik, kesihatan yang bagus juga bergantung pada cara pemakanan kita. Ketahui macam mana pendatang baru dalam bidang lakonan, Alif Muhaimin menjaga pemakanan, apakah makanan atau minuman sihat yang amalkan? Berbaloi tak berbelanja untuk pemakanan yang sihat? Apa kebaikannya? Apakah 3 tips pemakanan sihat Alif?
Tak perlu nak perkenalkan selebriti seterusnya Aiman Tino ada satu zaman kegemilangan yang tersendiri dan menonjol dengan fesyen tersendiri. Ketahui kenapa Aiman memilih berbasikal sebagai hobi, kebaikan mengayuh basikal berdasarkan kerjaya sebagai seorang selebriti, rekod kayuhan Aiman dan sejak berbasikal, apakah perubahan positif pada kesihatan beliau?
Kenali dengan lebih dekat lagi penyanyi Ben Laden iaitu sejak bila buat muzik? Ben banyak menggunakan minda, apakah yang dilakukan untuk menguatkan minda beliau? Apakah aktiviti fizikal lain yang dilakukan untuk menjaga kesihatan? Ada juga perkongsian tentang genre muzik dan hobi kegemaran artis ini.
Semuanya dapat diikuti bersama selebriti jemputan Zizi Kirana. Kenapa Zizi pilih hobi badminton? Zizi lebih memilih aktiviti berkumpulan atau berseorangan? setiap kali bermain badminton, zizi akan lebih fokus pada fizikal atau mental?
Lembut bukan sebarang lembut, lembut penuh budi bahasa, bersama tetamu Afifah Nasir yang memang suka aktiviti jogging. Ddalam episod berikutnya yang boleh dikatakan sebagai keluarga selebriti dengan mengetengahkan persoalan tentang sama ada semua mempunyai minat yang sama dari awal atau macam mana? Macam mana beliau manfaatkan masa lapang?
Ini bukan rancangan jejak kasih, tetapi peluang buat Cik Manggis menemubual Sophia Liyana, rakan artisnya dalam Kumpulan De Fam. Ketahui perkembangan terkini beliau, tip apa yang membuatkan Sophia sentiasa bertenaga? Macam mana Sophia manfaatkan masa lapang dan tutorial percuma dari Sophia tentang permulaan cara menari.
Ada juga perkongsian aktiviti, hobi, fesyen dan tip kesihatan daripada pelakon Ezzaty Abdullah, Farhan (Hero Remaja), Shaza Bae, Nadiyah Shahab, Eddy Chew, Zynn Nakal dan Octavia Manrose.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.