Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjengah bulan Ogos ini dengan menjanjikan banyak tayangan program khas menghayati sambutan bulan Kebangsaan 2021.
Terbaharu, lari daripada kebiasaan apabila penonton semua dapat menyaksikan sisi komedi dalam diri pelakon-pelakon handalan tanah air dalam sebuah telemovie khas Hari Kebangsaan yang bakal disiarkan RTM.
Kemunculan pelakon berpengalaman Fauziah Nawi, Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Amar Asyraf, Khatijah Tan, dan Faradhiya yang selalunya berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata mendalami watak sedih masing-masing, kali ini mampu membuatkan penonton tergelak dengan sindiran santai disampaikan dalam telemovie diberi tajuk “Mek Wok”.
Menerusi drama arahan Nuad Hj Othman yang disiarkan pada 2 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2, kisahnya bermula dengan babak setelah mendengar kisah seram yang diceritakan oleh Tok Penghulu, seorang penerbit filem berminat menjadikan kisah tersebut sebuah filem.
Selang beberapa minggu, kru produksi datang ke kampung untuk membuat penggambaran berdasarkan kisah yang diceritakan.
Namun, kerana kekurangan bajet pengarah telah meminta kru produksi untuk mencari pelakon tambahan dikalangan penduduk kampung yang sanggup berlakon tanpa bayaran.
Malangnya kru produksi tanpa disedari mereka telah menyinggung hati Tok Anjang dan Jebat kerana tidak memilih mereka berlakon sama dalam cerita tersebut. Dalam diam keduanya mulan berpakat untuk menggagalkan penggambaran yang sedang berlangsung.
Apakah percubaan mereka berjaya? Atau penerbit filem berkenaan berjaya menangani masalah yang timbul? Bagaimana pula dengan kesudahannya? Ikuti kisahnya di TV2.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.