in , ,

Sinopsis Drama PERISIK CINTA TAK DIUNDANG Lakonan Andi Bernadee & Shiha Zikir

Drama bersiri bertajuk Perisik Cinta Tak Diundang akan mengisi slot Akasia bermula 21 September 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Viu secara eksklusif pada 8.00 malam. Jom baca dulu sinopsisnya!

Umum mengetahui bahawa hati Shiha Zikir sudah dimiliki dan tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, siapakah yang sedang merisik Shiha Zikir? Anda perlu menonton drama bersiri terbaharu di TV3 iaitu Perisik Cinta Tak Diundang untuk mengetahui jawapannya. 

Drama bersiri diinspirasi dari novel karya Puteri Aqish yang bertajuk Perisik Cinta Tak Diundang akan mengisi slot Akasia bermula hari ini (21 September 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Viu secara eksklusif pada 8.00 malam.

Drama bersiri 12 episod terbitan Orangetree Production Sdn. Bhd. diarahkan oleh Mohd Azmi Hata menampilkan pelakon- pelakon popular Malaysia seperti Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Bella Astillah, Wani Kayrie, Norish Karman, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. 

Drama PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Siapa Merisik Shiha Zikir?

Mengisahkan tentang Medina Mikayla (Shiha Zikir) yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka.

Drama PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ. 

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin.

Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu? 

Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, “Kita perlu memahami cita rasa dan pilihan penonton mengikut trend masa kini untuk terus menambahkan jumlah penonton lagi. Kerjasama dengan Viu ini memberi peluang kepada MPTN untuk mencapai matlamat dalam memperluaskan kandungan program ke peringkat yang lebih jauh. Secara tidak langsung juga MPTN dan Viu dapat menambah bilangan penonton baharu menerusi perkhidmatan penstriman yang disediakan oleh Viu.”

Drama PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Perisik Cinta Tak Diundang menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam dan perkhidmatan penstriman Viu secara eksklusif pada jam berikutnya, 8:00 malam mulai 21 September 2021. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store, Google Play dan ‘smart-TV’ terpilih dan juga di laman sesawang www.viu.com. Drama bersiri Budak Intern juga dapat ditonton melalui penstriman Viu bermula 22 September 2021. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat! Gunakan #PerisikCintaTakDiundang untuk hangatkan perbualan di laman media sosial.

Drama PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Drama PERISIK CINTA TAK DIUNDANG

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy Buds2 Were Developed With Charli XCX and the Secret Behind the ‘Fine-tuned Equalizer’

Adik Ezad Lazim Meninggal Dunia, Terkilan Tak Dapat Bertemu Buat Kali Terakhir